Ianya adalah sebuah produk dengan idea yang bernas, iaitu tayar yang tidak berangin.
Teknologi ini menjanjikan tahap prestasi yang boleh membuatkan individu yang menggunakannya tersenyum lebar. Tetapi teknologi tayar tanpa angin ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan yang kelajuan sederhana sahaja buat masa ini.
Kelebihan lain untuk sebuah kenderaan yang menggunakan teknologi tayar tanpa angin ini adalah ia mampu untuk menbuatkan kenderaan tersebut mendaki tangga dan melalui jalan yang tidak rata dengan tanpa sebarang masalah
Terry Gettys yang merupakan “Director of research and development” untuk Michelin berkata, “Revolusi utama dalam mobiliti (kenderaan) tidak mustahil boleh wujud!
Tidak kira sekali dalam setahun, sekali dalam sepuluh tahun, sekali dalam seratus tahun mahupun sekali dalam seribu tahun!”.
Dengan teknologi tayar tanpa angin ini berkemungkinan akan menjadi revolusi untuk kenderaan pada masa akan datang seperti mana yang anda lihat di dalam gambar.
Masalah utama kini dengan teknologi tayar tanpa angin ini adalah hanya boleh digunakan untuk kenderaan yang berkelajuan sederhana dan kenderaan yang tidak terlalu berat.
Tidak kira sekali dalam setahun, sekali dalam sepuluh tahun, sekali dalam seratus tahun mahupun sekali dalam seribu tahun!”.
Dengan teknologi tayar tanpa angin ini berkemungkinan akan menjadi revolusi untuk kenderaan pada masa akan datang seperti mana yang anda lihat di dalam gambar.
Masalah utama kini dengan teknologi tayar tanpa angin ini adalah hanya boleh digunakan untuk kenderaan yang berkelajuan sederhana dan kenderaan yang tidak terlalu berat.
Kajian dan eksperimen terhadap teknologi ini akan tetap diteruskan dari masa ke masa untuk memperbaharui dan membaik pulih cacat cela yang terdapat pada teknologi tayar tanpa angin ini.
Jejari yang fleksibel digabungkan dengan roda yang juga fleksibel dimana ia mampu untuk berubah bentuk supaya dapat untuk menyerap hentakan dengan mudah.
Keselesaan semasa perjalanan adalah dijamin kerana anda akan rasa biasa walaupun terlanggar batu-batu kecil ataupun lubang yang kecil.
Disini ada juga saya selitkan serba sedikit mengenai sejarah pembangunan tayar automotif dunia.
* 1844 Charles Goodyear mencipta “Vulcanized Rubber” yang merupakan sejenis getah kalis air serta anjal dan tahan lama.
* 1888 John Dunlop mencipta tayar pneumatik untuk basikal.
* 1890 CK Welsh telah mereka bentuk rim untuk roda.
* 1895 Andre Michelin mengenakan tayar pneumatik pada kereta tetapi tidak berjaya.
* 1903 Paul Weeks Litchfield memperkenalkan tayar tubeless.
* 1904 “Mountable rim” diperkenalkan.
* 1908 Frank Seiberling mencipta tayar beralur (bunga tayar) untuk cengkaman yang lebih baik.
* 1910 BF Goodrich memperkenalkan tayar yang tahan lebih lama jangka hayatnya dengan menambah karbon pada getah.
* 1911 Philip Strauss mencipta tayar kereta pertama yang berjaya dengan tayar bertiub yang diisi angin.
* 1937 BF Goodrich mencipta tayar getah sintetik yang pertama.
* 1940 Paul Weeks Litchfield menjadi pengerusi Goodyear.
* 1948 Michelin memperkenalkan “tayar radial”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!