Sabtu, 14 April 2012

The Reds panggil semula Peter Gulasci


Liverpool telah memutuskan untuk memanggil semula Peter Gulasci daripada tempoh pinjamannya di Hull selepas krisis penjaga gol mereka kini kian meruncing.
 

Alexander Doni dibuang padang dalam kemenangan 3-2 di Blackburn pada malam Selasa dan kini menyertai Pepe Reina yang sedang digantung.
 
Brad Jones bakal berada dalam kesebelsan utama pada aksi separuh akhir Piala FA menentang rival Merseyside, Everton di Wembley Sabtu ini.
 
Dan kini Gulasci mungkin berada di bangku simpanan selepas dipanggil kembali daripada tempoh khidmat di Hull.
 
Bos, Kenny Dalglish tidak boleh mendapatkan pemain pinjaman kecemasan, telah beralih kepada warga Hungary iaitu Gulacsi, yang boleh beraksi di Wembley selepas tidak dipilih dalam skuad The Tiger untuk Piala FA musim ini.
 
Gulasci, 21, telah membuat 15 penampilan Liga Kejohanan untuk sisi EastYorkshire, yang turut meminjam pemain Arsenal, Vito Mannone dan Trevor Carson dari Sunderland musim ini selepas Gulacsi gagal memberi aksi yang berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!