JARINGAN penyamaan Liverpool menerusi Luis Suarez (dua dari kiri) belum cukup melegakan hati Dalglish, sebaliknya pengadil pula dipersalahkannya
Ini merupakan keputusan seri yang kesembilan dicatatkan skuad The Reds di laman sendiri musim ini.Dalglish yang merupakan pengurus Liverpool, berang dengan tindakan Oliver yang menafikan dua sepakan penalti yang sepatutnya diperoleh skuad kendaliannya itu.
"Ada segelintir pihak iri hati dengan pasukan ini (Liverpool) dan mempunyai agenda yang tersendiri," kata Dalglish.
Terdahulu, Dalglish mendakwa yang Liverpool sepatutnya memperoleh dua penalti selepas tonggak pertahanan Villa, Alan Hutton menjatuhkan Luiz Suarez, diikuti bola terkena tangan Eric Lichaj selepas itu.
Sementara itu, perancang Liverpool, Dirk Kuyt mendakwa, Oliver tidak memberi sepakan penalti kedua kerana menganggap Lichaj sebagai seorang pemain yang tidak bernasib baik ketika itu.
"Saya tidak pernah mendengar alasan pengadil yang tidak memberikan sepakan penalti disebabkan pemain itu tidak bernasib baik. Apa pilihan yang kami ada?
"Hanya disebabkan pemain lawan tidak bernasib baik, kami tidak mendapat sepakan penalti.
"Namun, pengadil menyalahkan Suarez apabila dianggap sengaja menjatuhkan badannya biarpun jelas menunjukkan Stephen Ireland melakukan terjahan," kata Kuyt.
Pada aksi tersebut, Villa terlebih dahulu di depan hasil jaringan Chris Herd seawal minit ke-10 sebelum Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke-82. - Agensi
Sumber Kosmo Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!