Isnin, 30 April 2012

Kepada Sesiapa Yang Terlepas Mendengar Pengumuman @NajibRazak Berhubung Gaji Minimum.


Kepada Sesiapa Yang Terlepas Mendengar Pengumuman @NajibRazak Berhubung Gaji Minimum. 



Bapa Transformasi Negara

PUTRAJAYA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!