Ahad, 22 April 2012

Kenny Dalglish membidas FA England




King Kenny dalam persiapan pasukannya untuk final Piala FA


Kenny Dalglish telah membidas FA England, dan berkata: "Telah tiba masanya mereka berikan penyokong sedikit rasa hormat."

Penyokong Liverpool masih menyambut kemenangan separuh akhir Piala FA minggu lalu ke atas Everton apabila mereka mengetahui yang hanya 25,074 tiket akan diberikan kepada mereka untuk aksi final bulan depan menentang Chelsea di Wembley.

Dan jika peruntukan KURANG 7,000 berbanding separuh akhir tidak cukup teruk lagi, mereka berdepan perjalanan sukar menjelang sepak mula jam 5.15 petang.

Syarikat keretapi, Network Rail telah menjadualkan kerja pembaikan pada hari final 5 Mei itu, bermakna hanya tiga tren akan digunakan dari stesyen Lime Street, Liverpool  - dengan setiap tren bergerak sebelum 8 pagi.

Bos Reds, Dalglish berkata: "Mereka dah naikkan bilangan penyokong di Wembley tapi saya tak rasa 25,000 satu jumlah tiket yang besar berbanding zaman saya bermain dulu.

"Saya tak tahu tapi itu yang perlu dijawab oleh FA. Penyokong harus diberikan lebih rasa hormat dan lebih diambil berat. Saya tak rasa ada sesiapa yang ambil kisah tentang mereka.

"Ada banyak perkara perlu dipertimbangkan tentang sepak mula – polis, televisyen. Namun peminat kelihatan seperti berada di kedudukan ketiga. Sebagai seorang penyokong, saya akan rasa kecewa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!