Selain mengharapkan kemenangan ke atas Blackburn, Dalglish turut berharap barisan pemainnya cergas untuk menghadapi Everton pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, Sabtu ini.
Untuk rekod, skuad The Reds hanya mencatat dua kemenangan dalam saingan liga domestik tahun ini dan Sabtu lalu, mereka sekadar seri 1-1 dengan Aston Villa.
DALGLISH tidak rela anak-anak buahnya mengalami masalah kecederaan menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Everton di Stadium Wembley, Sabtu ini.
Pemain sayap, Stewart Downing berkata, Liverpool perlu bersiap sedia untuk menghadapi Everton selain mencatat kemenangan ke atas Blackburn.
"Ini adalah peluang terbaik untuk kami mencatat kemenangan selepas seri dengan Aston Villa," kata Downing.
"Sudah tentu kami tidak boleh berterusan seperti ini. Kami akan kehilangan peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
"Saya berharap kami mampu mengutip tiga mata penuh di Blackburn. Ia sesuatu yang menarik untuk mencipta kemenangan sebelum aksi separuh akhir (menentang Everton)," jelas Downing.
Ketika ini, anak-anak buah Dalglish melalui detik paling buruk sejak Liverpool tersingkir daripada kempen Liga Perdana England kira-kira 58 tahun lalu.
Bagaimanapun bagi Dalglish, apa yang paling penting beliau mahu memastikan beberapa pemain utamanya cergas sebelum aksi menentang Everton.
Dalglish mengakui, beliau bertanggungjawab atas kegagalan Liverpool, namun pada masa yang sama tetap berasakan The Reds tidak bernasib baik dan menjadi mangsa pengadil sejak akhir-akhir ini. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!