Isnin, 30 April 2012

Gerrard kagum dengan ledakan Suarez



Gerrard julang rakan sepasukannya.

Steven Gerrard mengakui yang dia hampir-hampir memarahi Luis Suarez apabila dia menyepak tinggi dari jarak 45 ela sebelum akhirnya gol dan melengkapkan hatrik menakjubkan menentang Norwich.
 
Suarez, 25, menghasilkan sepakan sungkit berani berdekatan bulatan tengah untuk memastikan kemenangan 3-0 di Carrow Road, begitu juga sebagai hari untuk diingati untuk dirinya.
 
Dia terlepas peluang awal untuk menambah dua ledakan gol klinikal pada babak pertama klinikal apabila dia lob bola melepasi bar dari pinggir kawasan penalti, namun Gerrard memberitahu ESPN, "Itulah dirinya, tapi saya masih berkeyakinan dia boleh cari gol ketiga."
 
Mengimbas kembali penamat yang menakjubkan, dia menambah, "Itu hanya di hujung lidah saya untuk memarahinya tetapi kemudian dia telah berbuat demikian."
 
"Dia pemain istimewa, pergerakannya ada kelas, dan itu memudahkan kerja saya sebagai midfielder bersama-samanya. Dia pemain bermutu, antara pemain terbaik di dunia, dan hari ini adalah harinya. Itu penyudah yang hebat dan kami sebagai satu pasukan mungkin memiliki lebih banyak lagi."
 
The Reds mempunyai permainan serangan balas yang lebih baik dalam hujan lebat dan kapten itu berkata, "Ia prestasi pasukan yang baik, kami menewaskan pasukan yang sangat bagus, Norwich memberi tekanan dan mereka sukar untuk ditewaskan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!