Isnin, 18 Jun 2012

Jadual BPL 12/13 untul LIVERPOOL

AUGUST
18 West Brom (A)
25 Manchester City (H)

SEPTEMBER
1 Arsenal (H)
15 Sunderland (A)
22 Manchester United (H)
29 Norwich City (A)

OCTOBER
6 Stoke City (H)
20 Reading (H)
27 Everton (A)

NOVEMBER
3 Newcastle United (H)
10 Chelsea (A)
17 Wigan Athletic (H)
24 Swansea City (A)
27 Tottenham (A)

DECEMBER
1 Southampton (H)
8 West Ham (A)
15 Aston Villa (H)
22 Fulham (H)
26 Stoke City (A)
29 QPR (A)

JANUARY 2013
1 Sunderland (H)
12 Manchester United (A)
19 Norwich City (H)
29 Arsenal (A)

FEBRUARY
2 Manchester City (A)
9 West Brom (H)
23 Swansea City (H)

MARCH
2 Wigan Athletic (A)
9 Tottenham (H)
16 Southampton (A)
30 Aston Villa (A)

APRIL
6 West Ham (H)
13 Reading (A)
20 Chelsea (H)
27 Newcastle United (A)

MAY
4 Everton (H)
12 Fulham (A)
19 QPR (H)

Ahad, 17 Jun 2012

Tahniah Pada Yg Telah Meninggal?....





Berita Harian Online Ahad 17/6/2012 jam 10.30 pagi....apa pendapat anda?...komen skit..

Sabtu, 16 Jun 2012

Mambu...


Mambu

Nama Tempatan:Mambu
Nama Saintifik:Azadirachta Indica
Nama Lain:Semambu,bambu,laksamana,neem
Famili:Meliaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Asal:

keterangan:

Pokok mampu sejenis pokok yang mudah ditemui ditepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat india dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat india.Masyarakat india juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang india mempunyai tanaman ini.Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum india.Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

kegunaan:

Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pot). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies.

esey sendiri cubo praktikkan apo yang tolah di copy dari satu laman blog (bergambar)

Jumaat, 15 Jun 2012

Berjalan kaki Belakang Instun

Jadi urusetia untuk peserta kursus Penolong Pegawai Tanah Siri 2 di Kem Instun. Evelation http://www.mapmyride.com/routes/fullscreen/102719279/

Kumpulan 1

kumpulan 1

kumpulan 2

kumpulan 2

Jumaat, 8 Jun 2012

Jersey Euro yang lawa


Malam ni bermulalah peperangan untuk membuktikan siapakah gergasi bolasepak di peringkat eropah bagi tahun 2012. Untuk temasya tahun ini, Poland dan Ukraine menjadi saksi kepada pasukan yang bakal meraih gelaran gergasi ini. Apakah kejutan di mana bukan pasukan pilihan menyahkan ego pasukan seperti Sepanyol, England, Belanda, Jerman, Portugal, Itali sebelum ini seperti Denmark (1992), Greece(2004)? Siapakah pemain yang bakal menonjol dan menjadi rebutan pasukan ternama eropah dan liga M (hahaha) seperti Shevchenko yang jahanam bersama Chelsea? Apapun kita tggu perlawan-perlawanan ini dan menyediakan alasan-alasan munasabah serta diterima akal pada bos-bos serta sesama mengkayakan klinik sekitar untuk membeli MC...terbaik.. 
 



Jersi Home dan Away Croatia

 
Jersi Home dan Away Czech Republic

Khamis, 7 Jun 2012

"Tumpang lalu skit'' Zuhal nak melintas dengan sopan....




Semalam 6.6.2012 esey berkesempatan dan diberi peluang untuk melihat sendiri kejadian yang jarang berlaku dan tak pelu lepaskan peluang terakhir sebelum ianya mucul kembali pada tahun 2117 dan 2125. Untuk makluman, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882 (perhatikan jarak 8 tahun antaranya), kemudian ia berlaku 2004 dan 2012.

Zuhal (dot) berlatarbelakang matahari (hijau) sedang melintas sopan..Dari Samsung Galaxy TAB dgn bantuan alat dari Bahagian Ukur INSTUN


Antara kakitangan INSTUN

Selasa, 5 Jun 2012

Perodua Keluar Kereta Sedan?..


Perodua lagi akan melancarkan kereta sedan pertama keluaran mereka tidak lama lagi. Sebelum ni Perodua telahpun mengeluarkan kereta konsep sedan yang diberi nama Bezza Menurut sumber Perodua mereka telah memikirkan perkara ini. nampaknya kereta ni sebiji kereta keluaran Toyota Etios India 1.5l  untuk pasaran India. Dan menurut sumber lagi model ini tidak akan dalam edisi karen kerana kos untuk membangunkannya agak mahal..

Dalam bentuk hatchback.

Isnin, 4 Jun 2012

Dah lama tak kayuh semonjak 13 Mei 2012 ari tu, layan sesorang sebahagian trek Upsi Rainforest pada sabtu  lopeh...trek  - This is a 6.98 mi Bike Ride in Tanjong Malim. The Bike Ride has a total ascent of 154.2 ft and has a maximum elevation of 255.91 ft. The route was mapped by aku_malim on 06/01/2012. View other Bike Rides that aku_malim has done or find similar routes in Tanjong Malim -

Freehold vs Leasehold

Walaupun perkara ini banyak kali telah dibincangkan, sekali lagi saya
suka untuk membawa isu ini kepada anda kerana ianya asyik ditanya dan
menjadi persoalan utama kepada ramai orang apabila ingin membeli
hartanah.
Ramai diantara kita apabila ditanya jika ingin membeli rumah adakah
penting untuk memilih ‘freehold’ (pegangan bebas) berbanding ‘leasehold’
(pajakan)… sudah tentunya saya yakin hampir kesemuanya akan mengatakan
lebih baik untuk membeli hartanah freehold… termasuklah saya..
Tetapi persoalan di sini adalah..
Adakah sememangnya tidak disyorkan untuk membeli hartanah leasehold?
Dengan banyak projek-projek baru yang leasehold adakah kita masih perlu
mencari hartanah freehold walaupun ianya terletak jauh diceruk kawasan
yang kita sendiri tidak mahu tinggal di situ?
Jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, anda akan dapat
memerhatikan bahawa kebanyakan projek yang dibangunkan di negeri
Selangor dan berhampiran Kuala Lumpur (Lembah Klang), ianya adalah di
bawah pegangan 99-tahun pajakan. Melainkan anda ingin membeli di kawasan
yang jauh daripada pusat bandar, seperti di Rawang ataupun Kelang,
barulah anda mungkin dapat membeli hartanah freehold dengan mudah.