Rabu, 11 April 2012

Tak BerSeri lagi monang jugak akhir ee

BLACKBURN: Andy Carroll meledak pada masa kecederaan bagi membolehkan Liverpool yang bermain 10 pemain menewaskan Blackburn Rovers 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Ewood Park, awal pagi tadi. 




Liverpool seawal lagi selesa untuk membawa pulang tiga mata penuh apabila mendahului 2-0 hasil dua jaringan Maxi Rodriguez.

Bagaimanapun, kad merah yang diterima penjaga gol, Alexander Doni yang menggantikan Pepe Reina juga akibat hukuman kad merah, mula tampak goyah selepas kemasukan penjaga gol ketiga, Brad Jones.




Jones bagaimanapun berjaya menggagalkan penalti Ayegbeni Yakubu namun Yakubu kemudian berjaya menanduk masuk bagi menjadikan kedudukan 1-2. 



Yakubu sekali lagi memperoleh penalti pada separuh masa kedua bagi mengikat kedudukan 2-2. 

Namun, tandukan Carroll pada baki satu minit masa kecederaan mencerikan kem Kenny Dalglish yang sebelum ini menyaksikan prestasi Liverpool terumbang ambing. - AFP







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!