Isnin, 23 April 2012
4 Remaja Nacional cuba nasib di Liverpool
Empat daripada ahli-ahli yang paling berbakat akademi Nacional bersedia mencuba nasib mereka dalam bola sepak Inggeris, ketika mereka bersedia untuk diberikan percubaan dengan gergasi Liga Perdana, Liverpool.
Rodrigo Amaral, Leandro Otormin, Gaston Pereiro dan Daniel Baldi, akan meninggalkan Montevideo pada hari Khamis bagi mengambil peluang berlatih dengan pasukan Kenny Dalglish. Mereka akan menyertai bekas bek Bolso di England, Sebastian Coates, yang meninggalkan kelab itu pada 2011, serta peledak Uruguay, Luis Suarez, seorang lagi alumni akademi belia itu.
Perjanjian dibuat dalam klausa perpindahan Coates ke Liverpool, yang menetapkan bahawa The Reds akan mempunyai pilihan pertama pada bakat muda Nacional. Kenyataan ringkas di laman web kelab Uruguay itu telah mengucapkan selamat jalan kepada kuartet remaja, dan berharap mereka selamat merentasi Lautan Atlantik.
"Inilah bola sepak. Nikmatinya dan berbangga bahawa Nacional telah pilih anda untuk peluang ini," penyelaras belia, Roberto Roo berkata kepada pemain, manakala pengarah sukan, Daniel Enriquez mengesahkan itu adalah satu peluang besar untuk prospek muda.
"Ini sangat penting bagi kami kerana langkah itu telah diambil berdasar kepada nama Nacional dan apa yang kelab telah capai dalam beberapa tahun kebelakangan ini."
"Itu adalah asas untuk pemain mengembara, untuk mengenal dunia dan raih pengalaman hidup. Itu tak akan dilupakan mereka, dan kami mahu mereka menggunakan pengalaman ini sebaik-baiknya."
Para pemain muda itu akan mengambil bahagian dalam 10 sesi latihan di Liverpool, sebelum dijadualkan kembali ke Uruguay pada 29 April.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!