Selasa, 10 April 2012

ISTIADAT YANG DIPERTUAN AGONG


Esuk adolah ari cuti am sempono pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong 14, esey ingin menambah sedikit maklumat tontang Alat Kebesaran Diraja yang akan diguno pakai ari esuk.
(SUMBER - PERPUSTAKAAN MALAYSIA)

COGAN ALAM

Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.       
Cogan Alam telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)


 COGAN AGAMA

Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Cogan Agama telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

 GANDIK DIRAJA

Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikan loket dan keronsang.
Gandik DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)


KALUNG DIRAJA

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.
Kalung DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121) 


KERIS PENDEK

 Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala "Garuda". Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Keris Pendek DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

 

Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

 NOBAT

Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah ‘pancaragam’ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:
- PERAK         - SELANGOR            - KEDAH
- TERENGGANU

 

 PANJI-PANJI DIRAJA

 Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.
Rekabentuk
Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. Paji-panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong. Panji-panji yang berlatar belakangkan warna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi warna kuning adalah warna Diraja manakala karangan padi pula yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan dan kemakmuran.
Jata Malaysia di tengah-tengah adalah menunjukkan:
  1. Bulan serta bintang yang mempunyai 14 cabang adalah menunjukkan 14 buah negeri yang menjadi komponen negeri dalam Malaysia dan juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama bagi Malaysia;
  2. Lima bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu (sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu;
  3. Di kiri kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang;
  4. Manakala empat panel yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang mengandungi warna-warna puteh adalah warna negeri Pahang; merah dan kuning warna negeri Selangor; hitam, dan kuning warna negeri Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pengibaran Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di tempat-tempat lain selain dari Istana Negara
Dalam keadaan-keadaan tertentu iaitu apabila Seri Paduka Baginda berangkat menghadiri upacara penting misalnya, merasmikan Mesyuarat Penggal Parlimen, lawatan rasmi atau ke majlis-majlis rasmi, Panji-panji Diraja adalah dikibarkan di tempat Seri Paduka Baginda berangkat hadir. Apabila Seri Paduka Baginda berangkat tiba, Panji-panji Diraja dinaikkan dan panji-panji berkenaan akan diturunkan apabila Seri Paduka Baginda berangkat meninggalkan majlis itu.

Panji-panji Diraja di Istana Negara hanya akan dikibarkan separuh tiang apabila berlaku kemangkatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ukuran Panji-panji Yang di-Pertuan Agong   
<><>
 Ukuran besar  - 6’ x 12’ (untuk tiang di Istana Negara)
Ukuran biasa -3’ x 6’ (dikibarkan di tempat-tempat di mana Seri Paduka Baginda berangkat hadir atas urusan rasmi)
 Ukuran kereta -12’ x 18’
 Ukuran untuk keretapi  -12’ x 18’
 Ukuran untuk kapal terbang -12’ x 18’
 Ukuran untuk kapal -2 ½’ x 4 ½’
Panji-Panji Raja Permaisuri AgongSeri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu Permaisuri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan dan keistimewaan selepas Yang di-Pertuan Agong. Oleh demikian baginda mempunyai panji baginda sendiri dan bagi membolehkan rakyat senang mengenali baginda apabila baginda berangkat berasingan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke majlis-majlis rasmi.

Oleh kerana jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah dilantik oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh masa lima tahun, maka Permaisuri baginda iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah mendapat keistimewaan yang sama dan mempunyai keistimewaan menggunakan panji-panji itu semasa baginda menjadi Raja Permaisuri Agong.

Rekabentuk Panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah menyamai Panji-panji Yang di-Pertuan Agong. Warna latar belakangnya digantikan dari warna kuning (light yellow) kepada warna hijau (light green).

Ukuran panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah 4 ½’ x 9’, manakala bagi kegunaan kereta pula ialah 12’ x 18&rsquo.

Panji-panji Timbalan Yang di-Pertuan AgongBagi tempoh masa Yang di-Pertuan Agong gering atau tidak dapat menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong maka tugas-tugas baginda perlu dilakukan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan hendaklah melepaskan semua tanggungjawabnya sebagai Raja negeri itu melainkan tugas Ketua Agama Negeri berkenaan. Sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, baginda memiliki panji-panji khas dan layak dikibarkan selagi baginda menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian atas panji-panji Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah berwarna kuning yang melambangkan Diraja manakala di bahagian bawahnya berwarna biru cerah. Di bahagian tengah panji-panji itu ialah Jata Malaysia dan di bawah jata itu tertulis ’Timbalan Yang di-Pertuan Agong’. Jata ini tidak dilingkari dengan karangan padi seperti panji-panji Yang di-Pertuan Agong. Ukuran Panji-panji ini adalah sama seperti ukuran panji-panji Yang di-Pertuan Agong.
Panji-Panji DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)


PAYUNG UBUR-UBUR

Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.


PENDING DIRAJA

Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.
Pending DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

 TOMBAK BERAMBU

Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.




PEDANG, KERISPANJANG DAN SUNDANG

 Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.
TENGKOLOK DIRAJA
  
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
Tengkolok DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

MUSKAT


Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.
 COKMAR

Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.
Cokmar telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

Info ni kalau ado terkurang terlobih silolah komen yo...nak copy paste boleh tak do hal ...








5 ulasan:

  1. tak de fungsi ke??????????????????????????

    BalasPadam
  2. ok juga bagus untuk belajar muka dah la macam ikan mak bapak macam penyu hahaha padan muka setan

    BalasPadam

Komen la sikit!!