Dirk Kuyt akan meninggalkan Liverpool apabila musim ini tamat
.Striker Belanda itu mempunyai beberapa kelab asing memburunya, termasuk Roma, Fiorentina, Galatasaray dan bekas kelabnya, Feyenoord.
Namun Hamburg sedang cuba untuk mengatasi kelab lain dengan menawarkan Kuyt, 31, satu kontrak bernilai £3 juta setahun sehingga 2014.
Bekasa pengarah Tottenham dan Chelsea, Frank Arnesen, yang kini merupakan pengarah bola sepak di Hamburg, sedang sibuk menguruskan perjanjian tersebut.
Arnesen berkata: "Seorang pemain seperti Kuyt, yang masih dalam keadaan baik, mampu menambah sesuatu kepada mana-mana pasukan. Dia seorang pemain berpasukan yang sejati dengan sikap amat bagus."
Kuyt boleh meninggalkan Liverpool secara percuma, jika dia kembali ke kelab lamanya, Feyenoord. Dia mempunyai terma dalam kontraknya tentang pelepasan itu, yang akan tamat tahun depan. Namun kelab dari Belanda itu tidak mampu membayar lebih daripada £20,000 seminggu kepada Kuyt.
Arnesen berharap untuk memikat Kuyt ke Hamburg, di mana dia mampu menawarkannya tahap gaji sama – £60,000 seminggu – seperti di Liverpool.
Lebih menarik, ada satu lagi sebab mengapa Kuyt lebih gemar berpindah ke Hamburg.
Dia mahu tinggal dengan keluarganya di sebuah pelabuhan di tepi laut. Dia dilahirkan di pelabuhan perikanan di Katwijk, Belanda, beraksi untuk Feyenoord, di pelabuhan Rotterdam, dan kemudian berpindah ke Liverpool, sebuah lagi bandar pelabuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!