Kereta global pertama Proton, yang mula diumumkan sejak dua tahun lalu, kini siap untuk diperkenalkan secara rasmi dijangka pada pertengahan April. Persmiannya bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Siang tadi, BH Auto berkesempatan untuk mendekati dan memandu uji Preve secara ringkas di Putrajaya. “Nama Preve (disebut ‘Prae Vae’) membawa makna yang penting bagi model ini. Ia diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud ‘bukti’ atau ‘membuktikan’,” jelas Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Sebagai sebuah kereta global, Preve dibangunkan bukan sahaja dengan menepati piawai spesifikasi tinggi yang menjadi penawaran biasa di pasaran utama, terutama Asean, malahan ia juga melalui piawaian kriteria pembangunan model dan pengurusan yang ketat.
“Dengan model ini, apa yang Proton cuba nyatakan ialah bahawa model ini akan manjadi permulaan baru bagi Proton, dengan antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk yang mampu bersaing dipelbagai pasaran dunia,” tambah Syed Zainal.
Sebagai permulaan, Preve akan ditawarkan di dalam spesifikasi M-Line dengan enjin 1.6L IAFM+ (Manual dan CVT) serta versi spesifikasi penuh 1.6L CFE, yang dilengkapi enjin turbocaj sama seperti Exora Bold. Harga yang dijangkakan bagi Preve adalah diantara RM62,000 (spesifikasi paling rendah, transmisi manual) hingga RM75,000 bagi versi paling lengkap.
Melihat daripada reka bentuk luar, Preve ternyata berbeza dengan gaya dan pendekatan reka bentuk yang dihasilkan Proton sebelum ini. ‘Wajah’ hadapannya lebih menonjol, dengan rekaan gril serta lampu utama LED. Begitu juga dengan bahagian belakang yang menampilkan ciri rekaan yang lebih menawan dengan rekaan lampu belakang sporty.
Memandunya pula tidak mengecewakan, terutama veris M-Line dengan enjin 1.6L IAFM+. Prestasi enjin ini memadai, walaupun dirasakan sedikit bising, tetapi tetap memberi respon yang baik ketika pemanduan, baik dengan gaya biasa ataupun dikerah untuk lebih kuasa. Bagi versi enjin 1.6L CFE, ia memberikan lebih kuasa dan lebih cepat memberi tindak balas ketika pedal minyak ditekan – enjin ini juga memberikan bacaan output yang mengkagumkan; 205Nm @ 2,000-4,000rpm bagi tork maksimum dan 138hp @ 5,000rpm.
Selain itu, senarai spesifikasi yang ditawarkan juga amat mengkagumkan, dengan ciri seperti 4 beg udara, tansmisi CVT yang dikenali dengan nama Protonic 7-kelajuan, ‘Reinforced Safety Structure’ (RESS) bagi kerangka casis yang lebih kukuh.
Dengan menjadikan model-model seperti Honda Civic, Toyota Altis, Kia Forte dan Ford Focus sebagai penanda aras, Preve membuktikan bahawa model ini benar-benar ingin menawarkan kelainan kepada pengguna. Dengan reka bentuk menawan, spesifikasi tinggi sama seperti model-model yang disebutkan tetapi dengan tanda harga yang jauh lebih rendah, Preve adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, yang dihasilkan daripada keringat dan kreativiti anak tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!