Isnin, 30 Disember 2013

UPGRED TEMPAT LAHIR...

Rumah kampung... tempat kelahiran. Dalam 6 adik beradik hanyo esey yo lahir di rumah ni. 

Tukar atap

keadaan asal lantai serambi
pintu masuk ruang tamu dapur


Bersidai bawah pokok jambu tetek
tukar lantai jugak

Rumah Induk terpaksa diroboh...kerosakan melampau


Makeup

Cantik...







Kayuhan Terakhir 2013

KAYUHAN CUTI-CUTI MALAYSIA: BIKE RIDE@PUTRAJAYA 2013


Kayuhan Cuti-Cuti Malaysia-Bike Ride@Putrajaya 2013 telah diadakan pada 21.12.2013. Kayuhan bersama seorang teman sekuliah di UiTM Seri Iskandar. 


















Duta Piala Antarabangsa Frens 2014

Kuala Lumpur: Bekas pemain tengah England yang juga legenda pasukan Liverpool, Steve McMahon dilantik sebagai duta kejohanan Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2014. 


McMahon yang beraksi 17 kali untuk England akan terbabit dalam aktiviti promosi kejohanan itu yang akan menampilkan skuad remaja pasukan ternama seperti Sporting Lisbon, Eintracht Frankfurt, SC Internacional dan Chonburi FC. 

Perlawanan persahabatan 

Sebelum kejohanan bermula, pasukan bawah 17 tahun Liverpool akan mengunjungi Malaysia dan Indonesia untuk perlawanan persahabatan dengan Frenz United Malaysia pada 4 Januari 2014 di Stadium Selayang, dan Frenz United Indonesia (8 Januari 2014, Stadium Sultan Agung). 

Ketika di Malaysia pemain Liverpool akan melawat akademi Frenz United di Janda Baik serta mengadakan sesi temu-mesra bersama peminat dan menyertai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama WCT Kidss di pusat membeli belah rasmi kejohanan, Paradigm Mall. 

FIC adalah kejohanan bola sepak bawah 16 tahun membabitkan 12 pasukan dari Asia, Eropah dan Amerika Selatan. FIC 2014 akan bermula 11 Januari dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Januari. Masuk adalah percuma untuk semua perlawanan. 
sumber b.harian

KALAH LAGI...

LONDON: Chelsea mempamer aksi cemerlang dalam perebutan juara Liga Perdana Inggeris apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Liverpool, 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

Martin Skrtel mengejutkan Arsenal apabila melakukan jaringan pada minit ke-3, namun Chelsea kembali dengan gol Eden Hazard sebelum separuh masa pertama tamat. 



Penyerang berbisa, Samuel Eto’o pula memberi tiga mata penuh kepada pengurus Jose Mourinho pada menerusi jariangan pada separuh masa kedua. 


Skuad Brendan Rodgers itu mendahului di tangga pertama liga sebelum Haris Krismas, namun Liverpool menutup tirai 2013 dengan berada di tempat kelima, enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal. 

Chelsea pula kini di tempat ketiga, dua mata di belakang Manchester City di tangga kedua. 

“Mereka bermain amat hebat dan berjuang sehingga wisel terakhir," kata 
Mourinho kepada Sky Sports. 


Selepas kekalahan 2-1 kepada Manchester City pada Hari Boxing, Liverpool buat kali pertama kalah berturut-turut sejak April 2012, manakala penjaring terbanyak, Luis Suarez pula tidak meledak sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir. - AFP