Isnin, 30 April 2012


Petua Untuk Membersihkan
Mulut dan Gigi

Pilihan 1: Jika anda sudah berumahtangga, anda digalakkan untuk selalu bercium. Demikian pendapat dan kajian yang dijalankan oleh oleh Anne Murray, DDS dari Academy of General Dentistry, Chicago..Ini kerana, semasa bercium air liur di dalam mulut anda dapat ditingkatkan. Air liur itu dapat membersihkan gigi dan mulut. Samada betul atau tidak, anda disarankan untuk teruskan sahaja tanpa ragu-ragu.

Pilihan 2: Anda boleh mengunyah gula-gula getah yang mengandungi esktrak pudina dan menthol. Ia amat berkesan untuk mencuci mulut dan gigi.

Petua Untuk Menghilangkan “Love Bite”


Petua Untuk Menghilangkan “Love Bite”

1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yang mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dengan air seperti biasa.
 
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.

3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

Kepada Sesiapa Yang Terlepas Mendengar Pengumuman @NajibRazak Berhubung Gaji Minimum.


Kepada Sesiapa Yang Terlepas Mendengar Pengumuman @NajibRazak Berhubung Gaji Minimum. 



Bapa Transformasi Negara

PUTRAJAYA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan. - UTUSAN

Gerrard kagum dengan ledakan Suarez



Gerrard julang rakan sepasukannya.

Steven Gerrard mengakui yang dia hampir-hampir memarahi Luis Suarez apabila dia menyepak tinggi dari jarak 45 ela sebelum akhirnya gol dan melengkapkan hatrik menakjubkan menentang Norwich.
 
Suarez, 25, menghasilkan sepakan sungkit berani berdekatan bulatan tengah untuk memastikan kemenangan 3-0 di Carrow Road, begitu juga sebagai hari untuk diingati untuk dirinya.
 
Dia terlepas peluang awal untuk menambah dua ledakan gol klinikal pada babak pertama klinikal apabila dia lob bola melepasi bar dari pinggir kawasan penalti, namun Gerrard memberitahu ESPN, "Itulah dirinya, tapi saya masih berkeyakinan dia boleh cari gol ketiga."
 
Mengimbas kembali penamat yang menakjubkan, dia menambah, "Itu hanya di hujung lidah saya untuk memarahinya tetapi kemudian dia telah berbuat demikian."
 
"Dia pemain istimewa, pergerakannya ada kelas, dan itu memudahkan kerja saya sebagai midfielder bersama-samanya. Dia pemain bermutu, antara pemain terbaik di dunia, dan hari ini adalah harinya. Itu penyudah yang hebat dan kami sebagai satu pasukan mungkin memiliki lebih banyak lagi."
 
The Reds mempunyai permainan serangan balas yang lebih baik dalam hujan lebat dan kapten itu berkata, "Ia prestasi pasukan yang baik, kami menewaskan pasukan yang sangat bagus, Norwich memberi tekanan dan mereka sukar untuk ditewaskan."

Rabu, 25 April 2012

Preve Hachback: Realiti atau Fantasi?..

Preve Hachback: Realiti atau Fantasi?..





Proton Preve hachback adalah PROTON akan keluarkan model nih?..apa pandangan anda gambaran kereta nih/.

Isnin, 23 April 2012

CHARITY RIDE JAMBOREE – DUSUN RASAU PERDANA

Mari sesamo mengayuh sampai hongeh..


anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
dengan kerjasama ProCity MTB

Tapak perlepasan dan penamat

Saya nak monang moto...



Silo la link ko ------> http://dusunmtbjamboree.wordpress.com/2012/04/19/dusun-mtb-ride-2012/

Liverpool Masters rangkul Piala Malaysia Masters 2012

Liverpool Masters rangkul Piala Malaysia Masters 2012



SHAH ALAM 23 April - Pasukan Liverpool Masters memenangi Piala Malaysia Masters 2012 setelah menumpaskan Manchester United (MU) Masters dengan gol penalti, 5-4 semalam.
Liverpool terpaksa menentang MU dengan hebat bila mata jaringan seri 4-4 pada pusingan akhir.
Liverpool Masters memukau kira-kia 3,000 penonton di Stadium Malawati, Shah Alam di sini dengan daya dan gerakan mereka yang cemerlang.
Pemain Liverpool Robbie Fowler, 37, dipilih sebagai Pemain Terbaik dan dihadiahkan anugerah Penjaring Gol Utama selepas beliau berjaya menjaringkan 14 gol.
Pasukan All Stars Masters menduduki tempat ketiga sementara Malaysian Masters keempat. - BERNAMA

Bandar Perlabuhan Paling Ideal bagi saya - Kuyt

Hamburg akan jadi sebuah destinasi ideal.

Dirk Kuyt akan meninggalkan Liverpool apabila musim ini tamat
.
Striker Belanda itu mempunyai beberapa kelab asing memburunya, termasuk Roma, Fiorentina, Galatasaray dan bekas kelabnya, Feyenoord.
Namun Hamburg sedang cuba untuk mengatasi kelab lain dengan menawarkan Kuyt, 31, satu kontrak bernilai £3 juta setahun sehingga 2014.
Bekasa pengarah Tottenham dan Chelsea, Frank Arnesen, yang kini merupakan pengarah bola sepak di Hamburg, sedang sibuk menguruskan perjanjian tersebut.
Arnesen berkata: "Seorang pemain seperti Kuyt, yang masih dalam keadaan baik, mampu menambah sesuatu kepada mana-mana pasukan. Dia seorang pemain berpasukan yang sejati dengan sikap amat bagus."

Kuyt boleh meninggalkan Liverpool secara percuma, jika dia kembali ke kelab lamanya, Feyenoord. Dia mempunyai terma dalam kontraknya tentang pelepasan itu, yang akan tamat tahun depan. Namun kelab dari Belanda itu tidak mampu membayar lebih daripada £20,000 seminggu kepada Kuyt.
Arnesen berharap untuk memikat Kuyt ke Hamburg, di mana dia mampu menawarkannya tahap gaji sama – £60,000 seminggu – seperti di Liverpool.
Lebih menarik, ada satu lagi sebab mengapa Kuyt lebih gemar berpindah ke Hamburg.
Dia mahu tinggal dengan keluarganya di sebuah pelabuhan di tepi laut. Dia dilahirkan di pelabuhan perikanan di Katwijk, Belanda, beraksi untuk Feyenoord, di pelabuhan Rotterdam, dan kemudian berpindah ke Liverpool, sebuah lagi bandar pelabuhan

4 Remaja Nacional cuba nasib di Liverpool



Empat daripada ahli-ahli yang paling berbakat akademi Nacional bersedia mencuba nasib mereka dalam bola sepak Inggeris, ketika mereka bersedia untuk diberikan percubaan dengan gergasi Liga Perdana, Liverpool.


Rodrigo Amaral, Leandro Otormin, Gaston Pereiro dan Daniel Baldi, akan meninggalkan Montevideo pada hari Khamis bagi mengambil peluang berlatih dengan pasukan Kenny Dalglish. Mereka akan menyertai bekas bek Bolso di England, Sebastian Coates, yang meninggalkan kelab itu pada 2011, serta peledak Uruguay, Luis Suarez, seorang lagi alumni akademi belia itu.

Perjanjian dibuat dalam klausa perpindahan Coates ke Liverpool, yang menetapkan bahawa The Reds akan mempunyai pilihan pertama pada bakat muda Nacional. Kenyataan ringkas di laman web kelab Uruguay itu telah mengucapkan selamat jalan kepada kuartet remaja, dan berharap mereka selamat merentasi Lautan Atlantik.
"Inilah bola sepak. Nikmatinya dan berbangga bahawa Nacional telah pilih anda untuk peluang ini," penyelaras belia, Roberto Roo berkata kepada pemain, manakala pengarah sukan, Daniel Enriquez mengesahkan itu adalah satu peluang besar untuk prospek muda.
"Ini sangat penting bagi kami kerana langkah itu telah diambil berdasar kepada nama Nacional dan apa yang kelab telah capai dalam beberapa tahun kebelakangan ini."
"Itu adalah asas untuk pemain mengembara, untuk mengenal dunia dan raih pengalaman hidup. Itu tak akan dilupakan mereka, dan kami mahu mereka menggunakan pengalaman ini sebaik-baiknya."
Para pemain muda itu akan mengambil bahagian dalam 10 sesi latihan di Liverpool, sebelum dijadualkan kembali ke Uruguay pada 29 April.

Ahad, 22 April 2012

10 top training photos


Here are the best of our photos from Friday's training session as the Reds prepare to face West Brom.

Kenny Dalglish membidas FA England




King Kenny dalam persiapan pasukannya untuk final Piala FA


Kenny Dalglish telah membidas FA England, dan berkata: "Telah tiba masanya mereka berikan penyokong sedikit rasa hormat."

Penyokong Liverpool masih menyambut kemenangan separuh akhir Piala FA minggu lalu ke atas Everton apabila mereka mengetahui yang hanya 25,074 tiket akan diberikan kepada mereka untuk aksi final bulan depan menentang Chelsea di Wembley.

Dan jika peruntukan KURANG 7,000 berbanding separuh akhir tidak cukup teruk lagi, mereka berdepan perjalanan sukar menjelang sepak mula jam 5.15 petang.

Syarikat keretapi, Network Rail telah menjadualkan kerja pembaikan pada hari final 5 Mei itu, bermakna hanya tiga tren akan digunakan dari stesyen Lime Street, Liverpool  - dengan setiap tren bergerak sebelum 8 pagi.

Bos Reds, Dalglish berkata: "Mereka dah naikkan bilangan penyokong di Wembley tapi saya tak rasa 25,000 satu jumlah tiket yang besar berbanding zaman saya bermain dulu.

"Saya tak tahu tapi itu yang perlu dijawab oleh FA. Penyokong harus diberikan lebih rasa hormat dan lebih diambil berat. Saya tak rasa ada sesiapa yang ambil kisah tentang mereka.

"Ada banyak perkara perlu dipertimbangkan tentang sepak mula – polis, televisyen. Namun peminat kelihatan seperti berada di kedudukan ketiga. Sebagai seorang penyokong, saya akan rasa kecewa."

Jumaat, 20 April 2012

Preve


Kereta global pertama Proton, yang mula diumumkan sejak dua tahun lalu, kini siap untuk diperkenalkan secara rasmi dijangka pada pertengahan April. Persmiannya bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Siang tadi, BH Auto berkesempatan untuk mendekati dan memandu uji Preve secara ringkas di Putrajaya. “Nama Preve (disebut ‘Prae Vae’) membawa makna yang penting bagi model ini. Ia diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud ‘bukti’ atau ‘membuktikan’,” jelas Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Sebagai sebuah kereta global, Preve dibangunkan bukan sahaja dengan menepati piawai spesifikasi tinggi yang menjadi penawaran biasa di pasaran utama, terutama Asean, malahan ia juga melalui piawaian kriteria pembangunan model dan pengurusan yang ketat.


“Dengan model ini, apa yang Proton cuba nyatakan ialah bahawa model ini akan manjadi permulaan baru bagi Proton, dengan antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk yang mampu bersaing dipelbagai pasaran dunia,” tambah Syed Zainal.
Sebagai permulaan, Preve akan ditawarkan di dalam spesifikasi M-Line dengan enjin 1.6L IAFM+ (Manual dan CVT) serta versi spesifikasi penuh 1.6L CFE, yang dilengkapi enjin turbocaj sama seperti Exora Bold. Harga yang dijangkakan bagi Preve adalah diantara RM62,000 (spesifikasi paling rendah, transmisi manual) hingga RM75,000 bagi versi paling lengkap.
Melihat daripada reka bentuk luar, Preve ternyata berbeza dengan gaya dan pendekatan reka bentuk yang dihasilkan Proton sebelum ini. ‘Wajah’ hadapannya lebih menonjol, dengan rekaan gril serta lampu utama LED. Begitu juga dengan bahagian belakang yang menampilkan ciri rekaan yang lebih menawan dengan rekaan lampu belakang sporty.

Memandunya pula tidak mengecewakan, terutama veris M-Line dengan enjin 1.6L IAFM+. Prestasi enjin ini memadai, walaupun dirasakan sedikit bising, tetapi tetap memberi respon yang baik ketika pemanduan, baik dengan gaya biasa ataupun dikerah untuk lebih kuasa. Bagi versi enjin 1.6L CFE, ia memberikan lebih kuasa dan lebih cepat memberi tindak balas ketika pedal minyak ditekan – enjin ini juga memberikan bacaan output yang mengkagumkan; 205Nm @ 2,000-4,000rpm bagi tork maksimum dan 138hp @ 5,000rpm.
Selain itu, senarai spesifikasi yang ditawarkan juga amat mengkagumkan, dengan ciri seperti 4 beg udara, tansmisi CVT yang dikenali dengan nama Protonic 7-kelajuan, ‘Reinforced Safety Structure’ (RESS) bagi kerangka casis yang lebih kukuh.
Dengan menjadikan model-model seperti Honda Civic, Toyota Altis, Kia Forte dan Ford Focus sebagai penanda aras, Preve membuktikan bahawa model ini benar-benar ingin menawarkan kelainan kepada pengguna. Dengan reka bentuk menawan, spesifikasi tinggi sama seperti model-model yang disebutkan tetapi dengan tanda harga yang jauh lebih rendah, Preve adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, yang dihasilkan daripada keringat dan kreativiti anak tempatan.

DIRK KUYT SASAR JARINGKAN GOL





DIRK KUYT SASAR JARINGKAN GOL...

Dirk Kuyt berharap reputasinya di Liverpool dalam menjaringkan gol pada perlawanan besar memberinya kelebihan untuk beraksi di final Piala FA bulan depan.
 
Pemain antarabangsa Belanda tersebut mungkin tidak terlalu prolifik dalam tempoh enam tahun di Anfield, namun dia menjaringkan gol pada kedua-dua final kelab sepanjang masa itu.
 
Gol lewatnya dalam final Liga juara-juara 2007 tidak cukup untuk menghalang AC Milan membalas dendam untuk kekalahan Istanbul mereka dua tahun sebelumnya.
 
Namun ledakan pada masa tambahan dalam final Piala Carling musim ini membantu membawa ke kejayaan penalti ke atas Cardiff.
 
Dan ketika Jordan Henderson diutamakan untuk separuh akhir hujung minggu lepas menentang Everton, Kuyt masih berharap dapat bermain dalam episod kemuncak.
 
Dia berkata, "Saya berbangga, selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan final Piala Carling, untuk kali ketiga saya dan Liverpool dalam final."
 
"Saya akan lakukan apa saja bagi memastikan bahawa di final ketiga, saya membuktikan nilai saya dengan gol."

Test Trek Fun Ride Belia Selangor

Gambar Test Trek Fun Ride Belia Selangor













Ahad, 15 April 2012

Gembira di Wembley

Mlm tadi aku bergumbira.....hahahaha

Gol pertama Everton....kelemahan pertahanan harap final x berulang..



Gollll.............

Tu dia....



Cayalah..



Gol Carrol....terbaik












Kalah ko monang ko esey totap The Red....YNWA!!!