Selasa, 10 April 2012

The Reds Terus BERSERI

KENNY DALGLISH mengkritik pengadil Mike Oliver selepas Liverpool mencipta keputusan seri di Anfield kali KESEMBILAN musim ini.
 
Dirk Kuyt terlepas peluang menjaringkan gol namun pengurus the Kop itu mengkritik Oliver kerana menafikan the Reds dua sepakan penalti.
 
King Kenny berkata: “Akan ada pihak yang berfikiran wasangka dan merasakan ada agenda menentang kelab bola sepak ini. Kami tidak melihat cara begitu tapi saya fikir ada pihak lain yang berfikiran begitu.”
 
Liverpool harus diberikan penalti apabila Alan Hutton menjatuhkan Luis Suarez dan Eric Lichaj menampan bola dengan tangan.  
 
Kuyt mendakwa Oliver memberitahu dia tidak memberikan penalti untuk insiden kedua kerana  Lichaj cuma “tidak bernasib baik”.
 
Dalglish mengulas: “Saya tak pernah mendengar penalti tidak diberikan kerana pengadil memberikan alasan pemain tidak bernasib baik. Apa peluang yang kami ada?"
 
 “Untuk dinafikan penalti kerana lawan tidak bernasib baik?”  Tapi pengadil MELAKUKAN kesilapan kerana memberikan kad kepada Suarez atas sebab sengaja merebahkan badan sedangkan jelas dilihat Stephen Ireland memijak kaki penyerang Uruguay itu.
 
Dalglish menambah: “Ia melucukan — Suarez dikenakan kad kerana merebahkan badan. Dia bertuah kerana kakinya tidak patah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!