Jumaat, 18 Mei 2012

PENGENALAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN

Enakmen Pemegangan (Adat Bab 215/Tanah Lengkongan) 1960

Enakmen Pemegang Adat Bab 215 digunakan untuk mentadbir tanah adat-adat di Daerah Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau, Tampin dan Daerah Kecil Gemas. Di Negeri Sembilan dari perspektif adat terdapat tiga belas wilayah adat iaitu Luak Sungai Ujung, Wilayah Adat Dato’ Muda Linggi, Luak Jelebu, Luak Rembau, Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunungpasir, Luak Inas, Luak Jempol, Luak Johol, Wilayah Adat Tunku Besar Tampin, Luak Gemencheh Dan Luak Wilayah Adat Penghulu Pusaka Ayer Kuning.
Enakmen ini tidak terpakai bagi daerah Seremban dan Port Dickson kerana kedua-dua daerah ini tiada mempunyai tanah adat. Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dibuat khusus bagi tanah-tanah kepunyaan masyarakat “Adat Lengkongan” yang digunakan untuk mentadbir tanah-tanah Adat Lengkongan di daerah Kuala Pilah sahaja. (Luak Ulu Muar, Gunung Pasir dan sebahagian Luak Jempol) Adat Lengkongan diamalkan oleh masyarakat keturunan bagi yang pernah berkhidmat dengan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
 
 
Definisi
Tanah adat khusus untuk Negeri Sembilan, iaitu mana-mana tanah dibawah hakmilik(geran) Pejabat Tanah yang di cop (endorsed) perkataan ‘Tanah Adat (Customary Land)’ didalam Suratan Hakmilik dan Buku Daftar Hakmilik tanah tersebut. Sebelum Kanun Tanah Negara 1965, selain ‘Customary Land’ terdapat juga perkataan yang menggambarkan tanah tersebut adalah tanah adat seperti:
      Dato' Lela Raja Haji Alias bin Abdul Karim

  • Gelaran Dato’ Lembaga/ Ketua Adat bagi Suku (Tribes) yang memiliki Tanah
  • Dato’ Raja DiMuda
  • Dato’ Paduka Besar
  • Dato’ Seri Maharaja
  • Nama Suku (tribes) dan Perut (Subtribes) kepada pemilik Tanah
  • Tiga Batu Nesan Tinggi
  • Mungkal
  • Biduanda Kebangsa
  • Dll
Maka apa perkataan yang tercatit di dalam hakmilik (geran) tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah, maka tanah itu dikenali sebagai Tanah Adat. Istilah biasa di panggil ‘Tanah Pusaka’

Peraturan Adat

Peraturan Adat membahagikan Tanah kepada 3 ketegori:

1. Tanah Pusaka
    Tanah yang diwarisi oleh anggota perempuan dalam sesuatu suku berkenaan
2. Tanah Carian Bujang
    Tanah bukan pusaka adat yang dimiliki oleh seseorang anggota adat samada lelaki atau perempuan semasa ia tidak beristeri atau bersuami.

3. Tanah Carian Suami Isteri
    Tanah yang diperolehi oleh suami isteri samada melalui pembelian atau penerokaan semasa perkongsian  hidup mereka.

Bagi Tanah Carian Bujang dan Tanah Carian Suami Isteri boleh dikategorikan sebagai Tanah Adat jika diwarisi oleh anggota perempuan dalam sesuatu suku dan jika dimiliki oleh anggota lelaki ia tetap kekal kepada peraturan tanah biasa dan bukan Tanah Adat. Peraturan adat ke atas ketiga-tiga kategori ini adalah berbeza dari konsep hakmilik dan perwarisannya.

 
Kamar Bicara di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah sedang berlangsung perbicaraan pembahagian tanah di bawah Seksen 7 EPA 1960 yang dihadiri oleh waris perempuan dan waris lelaki juga Dato’ Lembaga (bersebelahan dengan Pentadbir Tanah) dan dengan kehadiran Buapak

1.Tanah Pusaka
    Pemilikan hakmilik tanah adat adalah terhad yang mana pemiliknya tidak boleh memindahkan hakmilik, menjual atau menggadai harta berkenaan melainkan dengan persetujuan ketua adat dan waris-waris yang berhak ke atas harta berkenaan. Penjualan dibolehkan bagi tujuan-tujuan yang ditentukan oleh adat dan tatacara pula ditentukan oleh peraturan adat mengikut pilihan waris terdekat iaitu dengan memberikan keutamaan iaitu:
  • Keutamaan mestilah diberi kepada waris-waris yang terdekat @ akrab
  • Jika tiada waris terdekat @ akrab yang mahu membeli tanah tersebut peluang diberi kepada waris sesanak mengikut aturan
  • Waris senak ibu (ibu saudara)
  • Waris senak datuk
  • Waris senak nenek
  • Waris senak moyang

Kamar Bicara di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah sedang berlangsung perbicaraan pembahagian tanah di bawah Seksen 7 EPA 1960 yang dihadiri oleh 2 waris perempuan dan juga Dato’ Lembaga (bersebelahan dengan Pentadbir Tanah) dan juga Buapak

Jika tiada waris di atas yang mahu peluang dibuka kepada anggota lain dari suku yang sama. Jika tiada juga yang mahu, baru dibuka kepada anggota perempuan dari suku yang dua belas iaitu:
  • Suku Biduanda
  • Suku Batu Hampar
  • Suku Seri Melenggang
  • Suku Tanah Datar
  • Suku Seri Lemak Pahang
  • Suku Seri Lemak Minangkabau
  • Suku Mungkal
  • Suku Tiga Batu
  • Suku Tiga Nenek
  • Suku Paya Kumboh
  • Suku Anak Acheh
  • Suku Batu Belang
Penjualan atau menggadai tanah pusaka dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu. Urusniaga dibolehkan disebabkan oleh:

• Keperluan untuk menguruskan kematian
• Keperluan untuk menunaikan Haji ke Mekah
• Keperluan menjaga maruah seperti membaiki rumah pusaka yang telah runtuh dan menguruskan perkahwinan anak perempuan yang telah lanjut umur.
• Keperluan untuk membayar denda bagi kesalahan besar yang telah dilakukan oleh waris lelaki.


10 ulasan:

  1. di mana saya boleh dapatkan copy of enakmen pegangan adat ?

    BalasPadam
  2. apakah tujuan sebenar tanah adat warisan di beri pd pihak perempuan ? Pada pengetahuan saya ianya bagi membolehkan si ibu menumpang dan di jaga di hari tua nya. Jika yang mewarisi tanah adat berkenaan tidak melaksanakan tanggungjawab menjaga ibu sepertimana mengikut tujuan pewarisan tanah adat, apakah pewarisan ini boleh di cabar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, tiada istilah ibu yang menumpang kerana sepatutnya tanah adat hanya akan berpindah milik selepas ibu tiada. Walaupun di dalam Islam sendiri tiada istilah yang tepat mengatakan ibu menumpang rumah anak sungguhpun anak telah membeli villa yang harga berjuta kerana jika tiada ibu dari mana kah lahirnya anak

      Padam
  3. Tanah adat boleh disewa? Ada apa apa syarat?

    BalasPadam
  4. Tuan, maaf bertanya.. biasanya kalau tanah adat ni, berapa penama boleh di letak di geran? hanya seorang je atau semua nama anak perempuan boleh letak?

    BalasPadam
  5. Bolehkah individu lain yg tidak tersenarai spt di atas membeli tanah di negeri sembilan khusunya tanah adat?

    BalasPadam
  6. Blh bg penjelasan yg teperinci lagi x... Tanah adat ni akn di warisi pada sapa.. Maksud saya.. Suku akn diwarisi pada ibu.. Sekiranya ibu itu berkawain dengan mana2 suku.. Kecuai ibu kerkawain dengn org lua.. Suku itu akn terbatal kn... So berbalikpada tanah pusaka ni.. Adakh tanah si ibu yg berkawain degn org lua.. Tanah dy akn diwarisi pada nak jugak ke?

    BalasPadam
  7. Seorang ibu memiliki beberapa keping tanah adat. Ibu mempunyai dua org anak perempuan. Yg sulung cuma memiliki seorg anak perempuan. Yg kedua mempunyai 8 anak semua lelaki. Mengikut peraturan tanah adat pemilikan tanah hanya akan jatuh kpd waris perempuan. Bolehkah pihak tuan memberikan jawapan apakah cara trbaik unt waris lelaki mendpt sedikit pembelaan dlm kes spt ini?

    BalasPadam
  8. apakah kesalahan besar yg tidak layak mendapst tanah adat.

    BalasPadam
  9. Adoooi... Rumitnya nak faham🙃. Boleh x tanah2 ni ni beri mengikut faraid

    BalasPadam

Komen la sikit!!