Dalglish telah dilucutkan jawatannya
Kenny Dalglish mendakwa dia tidak akan menukar kejayaan piala milik Liverpool "untuk apa-apa" walaupun dipecat pada hari Rabu berikutan penamat paling teruk kelab di Liga Perdana.
The Reds menewaskan Cardiff di Wembley untuk meraih trofi pertama mereka dalam tempoh enam tahun pada bulan Februari, namun tewas dalam final Piala FA kepada Chelsea dan menduduki tempat kelapan dalam Liga Perdana dengan jumlah mata terendah kelab sejak 1954.
"Sudah tentu saya kecewa dengan keputusan liga, tapi saya tak akan tukar ganti Piala Liga untuk apa-apapun ketika saya tahu betapa bermaknanya ia kepada peminat dan kelab untuk kembali memenangi trofi," kata Dalglish dalam kenyataannya.
Dalglish bertegas dia berbangga dengan tempoh keduanya di Anfield, walaupun mengakui kedudukan mereka di liga amat mengecewakan.
"Ia satu penghormatan dan penghargaan bagi mempunyai peluang untuk kembali ke Kelab Bola Sepak Liverpool sebagai pengurus," katanya.
"Saya amat hargai kerja Steve (Clarke), Kevin (Keen), para pemain dan semua staf sepanjang tempoh saya dan berasa bangga bahawa kami berjaya meraih satu trofi kepada kelab dalam tempoh enam tahun, dengan memenangi Piala Liga dan hampir-hampir menjulang trofi kedua dalam final Piala FA."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!