Isnin, 14 Mei 2012

Fun Ride Belia Selangor Batang Kali

Pada 13 Mei 2012 Batang Kali Fun Ride sempena Hari Belia Selangor telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Batang Kali. pelepasan peserta pada 0830 pagi. seramai 600 peserta telah mengikuti kayuhan Fun Ride ini. Jarak kayuhan sepanjang 30+km terdiri dari 30% onroad dan 70% off road.
Para peserta berpeluang untuk menyelusuri perjalanan trek di sekitar Batang Kali, melalui beberapa buah kampung disamping akan meredah dusun buah – buahan, kebun getah dan ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan tersebut.
Kenyamanan udara dikawasan trek akan menyegarkan setiap pengayuh memandangkan kawasan ini terletak di kaki bukit Genting Highland. Para pengayuh juga akan dapat menikmati kehijauan alam, dan jika berkesempatan boleh juga menikmati kedinginan air di beberapa batang sungai dan kehangatan sebuah kolam air panas, Hulu Tamu yang termasuk di dalam laluan trek Belia Selangor MTB Fun Ride ini. Trek boleh layan, downhill mencabar (i like), bukit mampu daki, redah sungai, pihak penganjur juga membuat persediaan dengan menyediakan pasukan keselamatan dan perubatan sepanjang kayuhan ini.


Sedikit gambar pada kayuhan ini walaupun tak seberapa, ni saja yg termampu saya sediakan.


Hutan Sekunder antara laluan terbaik

Cabaran titi kecil

Kebun Sawit

Wanita ProCity

ProCity Tanjung Malim

Berkumpul sebelum perlepasan

Rider Hasbullah Oon

Trek ladang sawit

5km terakhir

Saya dapat 2 bungkus meehon

Esey..

Setakat 30km gua x da masalah -Sahak ProCity-


Pemandangan sebelum perlepasan

Zahar ProCity/Instun

Terbaik Bro...
 
Teman dari INSTUN

Bos (Bahagian Tanah INSTUN) a.k.a Tuan D.O (panggilan dr Team As Sakinah KKB) 

Belum masuk dah kotor, mlm tadi test trek kata tuannya

 

Hanya sebuku roti, secawan mineral dalam beg..

Bergambar Ayu sebelum berlepas

Stail zahar sama seperti diatas(buang angin)

Esey dan Zahar

Dari Instun, Bos, Zahar, Zainal Nan (sdg bertakafar)

Dari Instun, Bos, Zahar, Zainal Nan & Aiman 

esey

Lps Ride

Dapek penuhkan CP dlm kedudukan 407..

Tak dapek hadiah dapek makan ni pun jadilah janji pree

First time Fun Ride..sampai helmet retak akibat jatuh layab down hill

Bos

Masih lagi buang angin
Nan, esey, zainal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!