Juara Liga Perdana Barclays 2011-12
Tidak dapat disangkal, MCFC merupakan pasukan yang lebih baik di England musim ini, menjaringkan lebih banyak gol serta melepaskan gol yang paling sedikit berbanding dengan mana-mana pasukan. Sebagai rekod, kali terakhir City melakar kejuaraan adalah pada musim 1968.
Mereka memerlukan tiga mata di tempat sendiri menentang QPR bagi membolehkan kapten, Vincent Kompany menjulang trofi Liga Perdana, namun dilihat terpaksa berhempas-pulas menentang lawan yang bermain dengan 10 orang pemain selepas kapten QPR, Joey Barton dibuang padang sebelum Edin Dzeko dan Sergio Aguero muncul wira City, apabila meledak gol pada masa tambahan bagi membantu pasukan mereka meraikan kejayaan di Eastlands.
Pada aksi penuh dramatik malam tadi, City terlebih dahulu di depan selepas Pablo Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke-39 sebelum Djibril Cisse menyamakan kedudukan minit ke-48 .
Bagaimanapun, Jamie Mackie menceriakan penyokong QPR apabila meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada minit ke-66.
Ketika perlawanan dilihat bakal menyebelahi QPR, City seolah-olah mendapat semangat luar biasa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit masa kecederaan.
"Menang seperti ini, ia cukup luar biasa. Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan terakhir sebegini rupa. Selepas 44 tahun, saya dedikasi kemenangan ini kepada semua penyokong setia kami," kata jurulatih City, Roberto Mancini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!