Bos Liverpool, Kenny Dalglish menyelar "sikap buruk" para pemainnya selepas tewas 1-0 di tangan Fulham.
Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri pada minit kelima permainan, memberikan kelab Merseyside kekalahan ke-13 dalam Liga Perdana dan kemenangan pertama kelab barat London di Anfield.
Bos The Reds sukar untuk mencari apa-apa yang positif daripada aksi itu, pasukannya bergelut dalam perlawanan dan sukar bangkit semula.
"Saya tak main-main. Saya rasa itu (perlawanan) adalah penilaian yang tepat," Dalglish memberitahu wartawan.
"Sikap (pemain) tak betul dan jika anda pergi dengan sikap buruk, anda akan dapat prestasi buruk dan itulah apa yang kami dapat."
"Saya juga tanpa niat kerana saya menukar pemain untuk mencuba dan memberikan semua orang peluang menjelang hari Sabtu, jadi saya rasa dengan melakukannya adalah satu faktor yang menyumbang kepada apa yang berlaku."
"Ada satu atau dua yang positif tetapi seperti yang saya katakan, ada negatif yang terlalu banyak. Jika anda ke perlawanan dengan sikap buruk, anda tak akan dapat apa-apa dan itu yang kami lalui."
"Ia hanya tak betul, tak sepatutnya bermain sebegitu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!