Selasa, 29 Mei 2012

Tanah Oh Tanah siri 2

Penulis En Suhaimi bin Mamat

Setiausaha

Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

TANAH OH TANAH

Pada tahun 2002, dua orang pensyarah dari sebuah IPTA yang tinggal berjiran perselisihan faham mengenai sempadan tanah. Salah seorang daripada mereka mendakwa jirannya menceroboh lot tanah hak milik beliau. Jirannya dikatakan telah merosakkan rumput yang ditanam dan menuntut ganti rugi am termasuk ganti rugi kerosakan rumput mutiara yang dianggarkan RM5,000, bayaran balik wang RM10,000 atas perbelanjaan membaiki tembok pagar dan membaik pulih tanah yang didakwa diceroboh.

Walau bagaimana pun jirannya mendakwa bahawa beliau tiada bukti bahawa sempadan kecil berkeluasan 3 kaki x 125 (tanah yang didakwa diceroboh) adalah miliknya kerana ukuran halus dan terperinci seperti mana bawah Seksyen 396 Kanun Tanah Negara 1965 belum dilakukan. Jirannya mendakwa lot tanah tersebut juga masih di bawah hak milik sementara dan selagi tiada pengukuran halus dibuat, beliau tidak akan melepaskan hak ke atas lot tanah yang dipertikaikan itu. Pertikaian ini berterusan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kes yang lain, Datuk Sidek Awang yang mewakili tujuh pemilik tanah dan rumah kedai terkilan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kelantan yang menceroboh tanah mereka dengan membina kompleks bangunan kastam di kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang pada pertengahan tahun 1992. “Kami langsung tak tahu hampir 19 tahun tanah kami diceroboh tanpa pengetahuan. Selama ini, kami tak sedar rupanya perbuatan pihak terbabit melampaui sempadan tanah kami,” katanya. “Kami tidak mahu masalah ini berlarutan memandangkan ia adalah harta yang mesti dijaga oleh semua adik-beradik. Isu pertindihan tanah sempadan ini perlu diselesaikan segera.”

Dilaporkan juga, sekitar bulan Jun 2008, Fortune Strike Sdn Bhd pemilik tanah lot 338 Seksyen 96A Bandar Kuala Lumpur Daerah Kuala Lumpur berselisih faham dengan pemilik tanah lot 337 (tanah bersebelahan) iaitu Pauline Lee Bee Lian kerana mendakwa beliau telah menceroboh tanahnya seluas sejumlah 1,275 kaki persegi dan mengarahkan Pauline Lee Bee Lian merobohkan retaining walls dan sebahagian rumah banglo yang termasuk dalam kawasan tersebut. Beliau terkejut dan menjadi marah kerana selama 16 tahun yang lepas, beliau tidak menerima apa-apa aduan akan pencerobohan dan perlanggaran daripada pemilik tanah bersebelahan.
Sebagai pemilik tanah, Pauline Lee Bee Lian juga terkilan dengan Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana mengeluarkan Hakmilik Tetap lebih kecil berbanding dengan keluasan dalam Hakmilik Sementara. Keluasan dalam Hakmilik Sementara ialah 10,683 kaki persegi tetapi keluasan dalam Hakmilik Tetap ialah 9,407 kaki persegi. Beliau telah dilucutkan kawasan tanah melebihi 10% yang telah diberimilik di bawah Hakmilik Sementara. Perbezaan besar ini adalah melampaui tahap ‘de minimis rule’.
Beliau menghujahkan JUPEM KL dan PTG KL gagal untuk mengambilkira pertimbangan yang relevan peruntukan-peruntukan di dalam KTN sebelum mengeluarkan dan mendaftarkan Hakmilik Tetap. Beliau bukan sahaja dinafikan suatu hak kepada harta tersebut tetapi juga mengalami kerugian yang besar untuk merobohkan retaining wall dan sebahagian rumah banglonya.
Pada tahun 2009, beliau telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya Hakmilik Kekal tersebut diketepikan dan suatu perintah dikeluarkan mengarahkan JUPEM KL dan dan PTG KL membuat satu pengukuran semula berdasarkan peruntukan Kanun Tanah Negara bagi menentukan sempadan-sempadan tanah tersebut untuk pengeluaran hakmilik kekal.

Manakala di Negeri Sarawak pula, pada tahun 2011, akhbar tempatan Sarawak melaporkan ramai Rakyat Negeri Sarawak yang masih tidak mengetahui dengan jelas mengenai sempadan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Penduduk sering bergaduh sesama sendiri kerana tanah yang diwariskan oleh nenek moyang dahulu tidak bersempadan. Kalau ada pun mereka menggunakan anak sungai dan sungai sebagai sempadan yang sering berubah. Oleh itu berlaku pertelingkahan dan pertikaian mengenai tanah NCR.

Semua insiden di atas adalah berpunca tanda sempadan tanah yang tidak jelas atau belum muktamad. Tuan tanah bersebelahan tidak tahu had dan batas tanahnya yang boleh membawa kepada pencerobohan atau termasuk dalam kawasan tanah orang. Dari perspektif Islam, menceroboh tanah orang adalah satu kezaliman dan ditegah. Sa'id bin Zaid r.a, pernah berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw, bersabda, 'Barangsiapa mengambil tanah milik orang lain secara zhalim, maka akan dikalungkan padanya tujuh lapis bumi'," (HR Bukhari [2452] dan Muslim [1610]).

Dari Abu Salamah, bahawa ia terlibat pertengkaran dengan beberapa orang. Lalu ia mengadukannya kepada 'Aisyah r.a, ia berkata, "Hai Abu Salamah, jauhilah persengketaan masalah tanah! Kerana Nabi saw. bersabda, 'Barangsiapa mengambil tanah milik orang lain walaupun sejengkal niscaya akan dikalungkan padanya tujuh lapis bumi'," (HR Bukhari [2453] dan Musim [1612]).

Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Barangsiapa merampas tanah milik orang lain tanpa hak niscaya pada hari Kiamat ia akan ditenggelamkan ke dasar bumi yang tujuh'," (HR Bukhari [2454]).

Dari Abu Hurairah, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah seorang mengambil tanah orang lain tanpa hak melainkan Allah akan mengalunginya hingga tujuh lapis bumi pada hari Kiamat'," (HR Muslim [1611]).

Dari Wa-il bin Hujr r.a, ia berkata, "Ketika aku berada di dekat Rasulullah saw. datanglah kepada beliau dua orang laki-laki yang sedang bertengkar tentang masalah tanah. Salah seorang berkata, 'Ia telah merampas tanah milikku sejak masa Jahiliyyah dulu, wahai Rasulullah!' Rasulullah saw. bertanya kepadanya, 'Mana buktinya?' Laki-laki itu menjawab, 'Aku tidak punya bukti.' Kemudian Rasulullah berkata, 'Kalau begitu ia akan mengambilnya dengan sumpah tersebut!?' Rasulullah saw. berkata kepadanya, 'Tidak ada hakmu selain itu?' Ketika orang itu hendak bersumpah Rasulullah saw. berkata, 'Barangsiapa mengambil tanah milik orang lain secara zhalim, maka ia bertemu Allah sedang Allah marah kepadanya'," (HR Muslim [139]).

Dari Ya'la bin Murrah r.a, ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Siapa saja yang mengambil tanah orang lain secara zhalim walaupun cuma sejengkal, maka pada hari kiamat nanti Allah 'azza wajalla akan menyuruhnya menggali tanah itu sampai tujuh lapis bumi kemudian mengalungkannya padanya hingga diputuskan seluruh perkara manusia," (Shahih, HR Ahmad [IV/173], Ibnu Hibban [5164] dan ath-Thabrani dalam al-Kabiir [XXII/322/692]).

Dalam riwayat lain disebutkan, 'Barangsiapa mengambil tanah orang lain tanpa hak, maka akan dipikulkan tanah itu kepadanya sampai ke padang Mahsyar," (Shahih, HR Ibnu Abi Syaibah [VI/565], Ibnu Hibban dalam ats-Tsiqaat [IV/48] dan ath-Thabrani dalam al-Kabiir [XXII/322/691]).

Dalam riwayat lain disebutkan, "Barangsiapa merampas tanah atau sawah walaupun sejengkal, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan memikul tanah itu sampai lapisan bumi yang paling bawah," (Shahih, HR ath-Thabrani dalam al-kabiir [XXII/322/693] dan dalam ash-Shaghiir [II/103] dan al-Ausath [2098]).

Dari 'Amir bin Watsilah, ia berkata, "Ketika aku bersama 'Ali bin Abi Thalib r.a. tiba-tiba datanglah seorang laki-laki dan berkata, 'Apakah yang Rasulullah saw. rahsiakan kepadamu?' Mendengar perkataannya itu 'Ali marah dan berkata, 'Rasulullah saw. tidak pernah merahsiakan sesuatu kepadaku yang beliau sembunyikan terhadap orang lain hanya saja beliau telah menyampaikan kepadaku empat kalimat.' 'Apa itu wahai Amirul Mukminin?', tanyanya. 'Ali menjawab, 'Rasulullah saw. bersabda, 'Allah melaknat orang yang melaknat orang tuanya, Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, Allah melaknat orang yang melindungi pelaku kejahatan, dan Allah melaknat orang yang merubah-rubah batas tanah," (HR Muslim [1978]).

Dalam riwayat lain disebutkan, "Allah melaknat orang yang mencuri-curi (merubah-rubah) batas tanah," (HR Muslim [1978]).

Pertikaian mengenai tanda sempadan tanah hanya dapat di selesaikan dengan cara membuat ukur halus. Setelah ukur halus dijalankan, penentuan kedudukan tanda sempadan, arah (bearing) lot dan keluasan, maklumat jarak antara tanda sempadan, arah putaran dan keluasan lot tanah dimuktamadkan. Justeru, masalah pencerobohan dapat dielakkan kerana ia telah menerangkan dengan jelas saiz kawasan dan sempadan yang muktamad. Tidak ada lagi pertikaian mengenai sempadan tanah.

Di Malaysia hanya Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam menjalankan pengukuran halus, penandaan sempadan ke atas lot-lot tanah dan penyediaan bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Kekal. Pentadbir Tanah Daerah akan mengeluarkan Dokumen Hakmilik Kekal (Final Title) setelah Pelan Hakmilik Kekal B1Tiff yang disediakan oleh JUPEM berdasarkan Pelan Akui yang disahkan. Dilaporkan proses pengukuran dipadang dan penyediaan pelan hakmilik tanah memakan masa selama dua (2) tahun kerana banyak kerja yang perlu dilakukan seperti proses mencari, mengenal pasti, mengukur, menilai, menganalisis serta melaporkan lokasi garis sempadan tanah.
Mesyuarat Jawatankuasa Panel Memajukan Pentadbiran Awam MAMPU memperakukan tempoh bagi pengukuran tanah sehingga pelan hakmilik tetap boleh dicapai dalam tempoh 10 bulan. Namun demikian JUPEM melalui Sistem e-Kadaster telah berjaya memendekkan proses pengukuran dan penyediaan pelan hakmilik tanah daripada dua tahun kepada dua bulan atau kurang. Pada tahun 2011, JUPEM telah berjaya menyiapkan ukuran untuk penyediaan dokumen bagi tujuan penyediaan hak milik sebanyak 54,703 lot di mana 16,419 lot dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan.

Tanda Sempadan Tanah adalah satu isu sensitif dan seringkali menimbulkan kontrovesi. Dalam Hakmilik Semenrata (QT) terdapat unsur kesamaran dan ketidakpastian yang boleh mencetuskan salah faham dan pertikaian. Oleh itu ukur halus yang dijalankan oleh JUPEM dapat menjauhkan semua hal yang menyebabkan timbulnya salah faham dan konflik di kalangan tuan-tuan. Inilah tugas dan tanggugjawab tersirat JUPEM dalam menyelesaikan masalah rakyat yang menghadapi pertikaian dan pertengkaran mengenai sempadan lot tanah. Peranan JUPEM ini dapat menjaga keharmonian hidup semasa manusia.

Atas doktrin fiqh atau maxim of fiqh, peranan ini disebut sebagai maslahah ammah. Maslahah ammah yang al-dharurat khususnya maslahah al-muhafazah ‘ala al-mal (kepentingan menjaga/memelihara keselamatan harta) adalah wajib. Mengikut prinsip dalam ilmu usul fiqh, menjaga maslahah dan menolak mafsadah adalah wajib واجب ا العام لضرر دفح (Menolak kemudaratan umum itu wajib dilakukan (Al-Husayni : 1350H).

Isu sempadan tanah boleh mengundang dosa atau memberi ganjaran pahala. Menyelesaikan isu sempadan tanah adalah tuntutan agama dan satu kefarduan. Oleh itu ia perlu diuruskan dengan baik, segera dan bijaksana.

Isnin, 21 Mei 2012

TANAH DIUSAHAKAN TETAPI HAK MILIK DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN

Petikan dari SUHAIMI BIN MAMAT

Setiausaha
Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


TANAH DIUSAHAKAN TETAPI HAK MILIK DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN
Tentunya kita pernah mendengar ungkapan yang berbunyi “tanah diusahakan tetapi hak milik diberikan kepada orang lain”. Orang lain yang bersusah payah mengusaha dan membangunkan tanah dengan menebas, menebang, membuat kebun sehingga mengeluarkan hasil tetapi hak milik diberikan kepada individu lain yang tidak ada kena mengena. Orang lain yang membanting tulang, orang lain pula yang meraih hasil.

TVSelangor.com bertarikh 4 Januari 2012 melaporkan bahawa tanah seluas 157 ekar berhampiran Batu Tujuh, Jalan Kebun, Klang yang diusahakan oleh 63 orang penduduk Kampung Jalan Kebun sejak tahun 1984 telah diberikan hak milik kepada individu-individu yang tidak kenali pada tahun 2002. -Sinar Harian -


Usaha gigih sekumpulan penduduk kampung tidak ke mana apabila tanah yang mereka teroka dan bercucuk tanam selama 20 tahun akhirnya telah diberikan kepada individu yang bukan penduduk kampung malahan bukan orang yang mengusahakan tanah itu.

Salah seorang dari peneroka tanah itu, Haripin Tauhid, 49, menceritakan latarbelakang kawasan tersebut. "Tanah ini dulu hutan terbakar dan belukar. Kita pun tidak ada akitiviti dan kawasan ini tak maju, jalan ini pun jalan mati. Sambil mengisi masa lapang, kita bercucuk tanam dan kalau boleh, masa itu kita nak mohon supaya tanah ini diberikan hak milik pada kita," ceritanya. "Asal usul tanah ini memang hutan terbakar jadi ramai-ramai penduduk mengerjakannya. Seorang satu ekar. Tetapi akhirnya musnah, tak apa benda yang kita dapat".

SuaraPakatanDaily bertarikh 7 Oktober 2011 pula melaporkan seramai 32 orang peneroka di Bulu Akar, Mukim Setapak Daerah Gombak telah mengusahakan satu kawasan tanah seluas 35 hektar untuk pertanian moden semenjak 1980. Pada tahun 2010, tanah tersebut telah di beri kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Selangor dengan pajakan 99 tahun. Peneroka mempertikaikan mengapa tanah tersebut diluluskan dan diberikan kepada PERKIM sedangkan yang mengusahakan tanah tersebut adalah semua pengusaha dusun di sini.


Seorang peneroka mendakwa “Kami benar-benar rasa terkejut dan terkilan, tanah yang dahulu merupakan kawasan hutan tebal dan berbukit-bukau yang telah diusahakan secara bergotong-royong dengan tujuan menyahut seruan kerajaan negeri menggalakkan Bumi Hijau ketika itu dengan mengusahakan tanah yang terbiar telah diberi kepada PERKIM tanpa perbincangan kepada Ahli Jawatankuasa Penduduk disini”, katanya. Baru-baru ini, PERKIM telah mengeluarkan notis kepada kepada penduduk agar semua pengusaha keluar daripada tanah ini dan mendakwa semua pengusaha dusun telah menceroboh kawasan tersebut.

Banyak lagi kisah duka seperti ini jika kita rajin layari internet. Lantaran itu pentadbiran tanah dikecam hebat, ada yang menganggap kerajaan zalim, tidak telus dan tidak adil.
Persoalannya kenapa berlaku sedemikian. Dari segi logik atau hukum akal, hak milik patut diberikan kepada orang yang mengusahakannya. Ia berbaloi dengan susah payah, pahit getir dan titik peluh mereka. Jika dilihat dari undang-undang tanah Islam, penerokaan dan pengusahaan tanah mawat oleh orang Islam yang melayakkannya mendapat hak milik terhadap tanah tersebut. Ia dikenali dengan konsep ihya al-mawat. Apa yang berlaku kadang-kadang sebaliknya, tanah yang diusahakan tetapi hak milik diberikan kepada orang lain. KENAPA JADI BEGITU?



PENGUSAHA ATAU PENEROKA TANAH TIDAK SEMESTINYA MENDAPAT HAK MILIK TANAH
Sebenarnya tanah diusahakan tetapi hak milik diberikan kepada lain telah lama berlaku dalam sejarah pentadbiran tanah di Malaysia. Ia telah berlaku sejak pelaksanaan undang-undang common law Inggeris dan ekuiti bermula tahun 1826 yang kemudian diikuti dengan pelaksanaan Land Code 1926 dan digantikan dengan Sistem Torren melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Pelaksanaan undang-undang common law Inggeris ini telah menyebabkan undang-undang tanah adat dan undang-undang tanah Islam dimansuhkan.


KTN memberi kuasa penuh kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai pemilik tunggal yang mutlak bagi semua tanah dalam negeri yang belum dilupuskan. PBN mempunyai kuasa yang amat luas. PBN boleh melupuskan tanah kepada sesiapa yang difikirkan layak. Penerimanya mungkin pengusaha atau peneroka tanah tersebut atau individu lain. Ini adalah budi bicara mutlak PBN. Biasanya dalam menimbang pelupusan tanah, PBN melihat kepada kepentingan awam atau maslahah al ammah berbanding dengan lain-lain kepentingan.
Orang yang mengusaha tanah atau peneroka termasuk Pemegang Lesen Menduduki Sementara (Temporary Occupation Licence - TOL), apatah lagi peneroka haram, tidak boleh menjadikan alasan kependudukan mereka atas tanah berkenaan sebagai jaminan untuk mendapat hak milik. Walau selama mana sekalipun seorang itu telah menikmati TOLnya, tidak ada jaminan tanah itu akan menjadi miliknya pada satu hari nanti. Tanah TOL tetap tanah kerajaan.
Dalam kes Teh Bee lwn. K. Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7, plaintif telah menikmati TOLnya selama 21 tahun apabila Pihak Berkuasa Negeri (Negeri Sembilan) berkenaan melupuskannya menerusi pemberianmilik kepada defendan. Teh Bee, sebagai TOl selama 21 tahun tidak boleh membuat ekspektasi atau meletakkan harapan yang munasabah bahawa tanah itu akan akhirnya menjadi miliknya yang sah.
Dalam kes Bohari Taib & Ors lwn. PTG Selangor [1991] 1 MLJ 343, pemegang TOL dijanjikan oleh wakil kerajaan negeri berkenaan bahawa andainya mereka berjaya mengusahakan tanah TOL itu selama 5 tahun dan masih kekal di situ di akhir tempoh itu, TOL mereka akan digantikan dengan hakmilik tanah bertempoh tidak melebihi 99 tahun. Walaupun syarat-syarat berkenaan telah dipatuhi mereka, di hujung tempoh TOL itu kerajaan negeri tidak menepati janjinya (disebabkan ada perubahan struktur politik di seluruh negara). Di bawah KTN, apabila TOL sudah luput (tidak dilanjutkan tempohnya) pemegangnya menjadi penceroboh. Penceroboh boleh diusir keluar pada bila-bila masa.
Dalam kes Chong Wooi Leong & 29 Ors. Lebby Sdn Bhd [1998] 3 AMR 2053, sebuah kawasan paya dan tempat pelupusan sampah diduduki sekumpulan rakyat pelbagai bangsa untuk satu tempoh yang panjang. Dari tanah yang tiada siapa mahu, ia menjadi satu kawasan kampung yang serba serbi lengkap, siap dengan jalan, kemudahan letrik, air, surau dan kemudahan sosial yang lain. Pelbagai janji diberi oleh pelbagai pihak, termasuk ahli politik, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan. Pada satu masa, ada kebakaran berlaku. Penduduk kampung dimaklumkan bahawa mereka boleh membina semula rumah mereka yang musnah. Mereka juga dinasihati supaya membuat permohonan kepada PBN, dan dijanjikan permohonan mereka itu akan diproses segera dan beri layanan sewajarnya. Permohonan dibuat tetapi tidak berhasil. Akhirnya, kawasan kampung itu diberimilik kepada sebuah syarikat pemaju dan penduduk asal diusir keluar.
Dalam kes Sentul Murni Sdn Bhd lwn. Ahmad Amirudin & 3 Ors [2001] 4 AMR 4092 CA, cerita yang lebih kurang sama berlaku kepada penduduk Kampung Chubadak, yang telah diduduki sejak awal tahun 60an. Ikrar dan janji telah diberi oleh kerajaan negeri (menerusi Menteri Besarnya, selaras dengan keputusan Exco Negeri yang dibuat pada Ogos 1962) bahawa penduduk kampung itu akan diberi hakmilik tanah. Kawasan ini kemudian menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan. Akhirnya, kawasan kampung ini diberimilik kepada syarikat pemaju.

Dari sudut undang-undang setakat yang terzahir dalam KTN, dalam kesemua 4 kes di atas tadi, tindakan PBN berkenaan melupuskan tanah kerajaan menerusi pemberianmilik kepada pihak-pihak berkenaan memang tidak salah dan sah, kerana ia mematuhi kehendak undang-undang. Tetapi bila kita lihat fakta kes ini dari sudut yang lain, soalnya –
(a) dalam kes Teh Bee, tidakkah tempoh 21 tahun sebagai pemegang TOL menimbulkan satu ekspektasi atau harapan yang munasabah bahawa tanah itu akan akhirnya menjadi miliknya yang sah?

(b) dalam kes Bohari, disebabkan penduduk kampung telah patuh kepada syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka, tidakkah mereka secara moralnya berhak mendapatkan hakmilik tanah ?

(c) dalam kes Chong, apakah nilai janji yang diberi oleh pemimpin masyarakat dan ketua jabatan berkenaan (dan dalam kes Sentul Murni, janji diberi oleh Menteri Besar sendiri) jika akhirnya janji-janji itu tidak ditepati ?
Kecuali Pentadbir Tanah yang telah lama berkhidmat, ahli profesyen guaman yang membuat pengkhususan dalam bidang ini serta tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi yang telah membuat kaji selidik dalam undang-undang tanah, pada amnya orang awam mendapati Teh Bee, Bohari dan Chong berhak ke atas tanah berkenaan dan hak milik perlu diberikan kepada mereka. Jika berlaku sebaliknya, maka kedengaranlah atau kata-kata tanah diusahakan tetapi hak milik diberikan kepada orang lain. Lantas kerajaan dan anggota pentadbiran tanah di kecam, dikatakan berlaku penyelewengan dan pengusaha atau peneroka membuat bantahan dan demonstrasi.
Dari segi undang-undang tanah, apakah hak mereka untuk berbuat demikian. Undang-undang adat dalam pemilikan tanah telah dimansuhkan. Prinsip Ihya' al-Mawat tidak lagi diiktiraf. Dalam kes Sidek bin Haji Muhamad & 461 Ors. v. The Government Of The State Of Perak & Ors. (1982) 1 MLJ 313, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peneroka yang membuka dan menduduki tanah Kerajaan di kawasan Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah, Teluk Intan, Perak adalah setinggan dan tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau ekuiti. Rayuan peneroka-peneroka yang terlibat untuk diberi hak sebagai pemilik tanah berkenaan telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.


Begitu juga dengan kes Haji Abdul Rahman Limbong yang mengetuai kira-kira 300 orang penduduk kampung membersihkan satu kawasan tanah dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam di Kuala Telemong pada Mei 1925. British menghalang penerokaan oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.





Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Penerokaan Tanah Secara Tidak Sah dan muzakarah telah memutuskan bahawa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Ahli  Muzakarah Jawatankuasa Kebangsaan


Dapat dirumuskan bahawa tanah diusahakan tetapi hak milik diberikan kepada orang lain tidak perlu disensasikan kerana tidak ada asas dari undang-undang tanah yang sedang berkuatkuasa. Ia telah berlaku dulu, kini dan mungkin selama-lamanya selagi masih ada tanah kerajaan yang kosong; kerajaan tidak mengambil tindakan menguatkuasaan terhadap peneroka haram; atau selagi rakyat tidak cuba untuk memahami konsep dan undang-undang tanah negara yang sedang berkuatkuasa.
TANAH OH TANAH…….

Ahad, 20 Mei 2012

Ibu Segala Bendera di Donia

Tahukah kau org, beberapa negara telah menciplak bendera Norway untuk dijadikan sebagai Bedera Rasmi...termasuklah Indon!!!hahaha

Jumaat, 18 Mei 2012

PENGENALAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN

Enakmen Pemegangan (Adat Bab 215/Tanah Lengkongan) 1960

Enakmen Pemegang Adat Bab 215 digunakan untuk mentadbir tanah adat-adat di Daerah Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau, Tampin dan Daerah Kecil Gemas. Di Negeri Sembilan dari perspektif adat terdapat tiga belas wilayah adat iaitu Luak Sungai Ujung, Wilayah Adat Dato’ Muda Linggi, Luak Jelebu, Luak Rembau, Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunungpasir, Luak Inas, Luak Jempol, Luak Johol, Wilayah Adat Tunku Besar Tampin, Luak Gemencheh Dan Luak Wilayah Adat Penghulu Pusaka Ayer Kuning.
Enakmen ini tidak terpakai bagi daerah Seremban dan Port Dickson kerana kedua-dua daerah ini tiada mempunyai tanah adat. Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dibuat khusus bagi tanah-tanah kepunyaan masyarakat “Adat Lengkongan” yang digunakan untuk mentadbir tanah-tanah Adat Lengkongan di daerah Kuala Pilah sahaja. (Luak Ulu Muar, Gunung Pasir dan sebahagian Luak Jempol) Adat Lengkongan diamalkan oleh masyarakat keturunan bagi yang pernah berkhidmat dengan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
 
 
Definisi
Tanah adat khusus untuk Negeri Sembilan, iaitu mana-mana tanah dibawah hakmilik(geran) Pejabat Tanah yang di cop (endorsed) perkataan ‘Tanah Adat (Customary Land)’ didalam Suratan Hakmilik dan Buku Daftar Hakmilik tanah tersebut. Sebelum Kanun Tanah Negara 1965, selain ‘Customary Land’ terdapat juga perkataan yang menggambarkan tanah tersebut adalah tanah adat seperti:

Ibu tunggal diusir 12 hantu

Ibu tunggal diusir 12 hantu
VANESSA di rumah yang dikatakan berhantu.

ESSEX: Seorang wanita terpaksa meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah itu.
Vanessa Mitchell, 37, menceritakan bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan.
Antaranya, memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga.
Hantu itu juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air.
Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Dalglish Tegas Tentang Kejayaan LIVERPOOL selepas Pemecatannya

Dalglish Tegas Tentang Kejayaan LIVERPOOL selepas Pemecatannya


Dalglish telah dilucutkan jawatannya

Kenny Dalglish mendakwa dia tidak akan menukar kejayaan piala milik Liverpool "untuk apa-apa" walaupun dipecat pada hari Rabu berikutan penamat paling teruk kelab di Liga Perdana.
The Reds menewaskan Cardiff di Wembley untuk meraih trofi pertama mereka dalam tempoh enam tahun pada bulan Februari, namun tewas dalam final Piala FA kepada Chelsea dan menduduki tempat kelapan dalam Liga Perdana dengan jumlah mata terendah kelab sejak 1954.

Rabu, 16 Mei 2012


Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata

1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.

2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.

3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.

4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.

5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

FAM tarik balik hukuman beraksi tanpa penonton ke atas Sarawak


FAM tarik balik hukuman beraksi tanpa penonton ke atas Sarawak

Posted by  on May 16, 2012 | Leave a Comment
JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan akan menarik balik hukuman bermain di halaman sendiri tanpa kehadiran penyokong selama empat perlawanan, yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

FAS dikenakan hukuman itu kerana gagal mengawal penyokong sehingga mengabaikan aspek keselamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, keputusan ini dibuat hasil persetujuan bersama ahli panel itu yang berpuas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Sarawak.
“Setelah dipantau, pihak kami sangat berpuas hati. Jadi kami memutuskan pada perlawanan Liga Super bulan depan antara Sarawak dengan Selangor, penyokong dibenar untuk membanjiri stadium sebagai sokongan kepada pasukan kegemaran mereka,” kata Taufik.
Taufik bagaimanapun berkata, penarikan balik hukuman tersebut adalah bersyarat dan penyokong harus mematuhi agar kekecohan sebelum ini tidak akan berulang.
“Walaupun penyokong dibenarkan untuk memberi sokongan nanti, pihak kami akan tetap menghantar wakil untuk pemantauan agar insiden keganasan penyokong tidak berlaku lagi,” kata
Taufik sambil menambah, “sekiranya penyokong Sarawak tetap berdegil dan tidak mampu mengawal perasaan sehingga mengabaikan aspek keselamatan, jadi hukuman itu akan terus kekal.”

Selasa, 15 Mei 2012

Last Game di EPL


Rekreasi dari 2 penyokong dari Menchester pada Last Game Liga Perdana Inggeris 2011/12. Cayalah MC walaupun esey tak tenguk game ni sobab ponek kayuh Batang Kali Fun Ride harapan M.U untuk menambah jumlah Juara EPL dan meng'partner' dulang yang dimenangi awal musim dalam almari tidak kesampaian...


Tahniah MC kerana menggagalkan kegemilangan MU tahuan ni.

Isnin, 14 Mei 2012

Fun Ride Belia Selangor Batang Kali

Pada 13 Mei 2012 Batang Kali Fun Ride sempena Hari Belia Selangor telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Batang Kali. pelepasan peserta pada 0830 pagi. seramai 600 peserta telah mengikuti kayuhan Fun Ride ini. Jarak kayuhan sepanjang 30+km terdiri dari 30% onroad dan 70% off road.
Para peserta berpeluang untuk menyelusuri perjalanan trek di sekitar Batang Kali, melalui beberapa buah kampung disamping akan meredah dusun buah – buahan, kebun getah dan ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan tersebut.
Kenyamanan udara dikawasan trek akan menyegarkan setiap pengayuh memandangkan kawasan ini terletak di kaki bukit Genting Highland. Para pengayuh juga akan dapat menikmati kehijauan alam, dan jika berkesempatan boleh juga menikmati kedinginan air di beberapa batang sungai dan kehangatan sebuah kolam air panas, Hulu Tamu yang termasuk di dalam laluan trek Belia Selangor MTB Fun Ride ini. Trek boleh layan, downhill mencabar (i like), bukit mampu daki, redah sungai, pihak penganjur juga membuat persediaan dengan menyediakan pasukan keselamatan dan perubatan sepanjang kayuhan ini.


Sedikit gambar pada kayuhan ini walaupun tak seberapa, ni saja yg termampu saya sediakan.


Hutan Sekunder antara laluan terbaik

Cabaran titi kecil

Kebun Sawit

Wanita ProCity

ProCity Tanjung Malim

Berkumpul sebelum perlepasan

Juara Liga Perdana Barclays 2011-12

City sahkan gelaran dalam masa kecederaan


Juara Liga Perdana Barclays 2011-12


 
Kelab Bola Sepak Manchester City (MCFC) secara rasminya ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris yang baru untuk musim 2011-12 lewat malam tadi, selepas Sergio Aguero meledak gol kemenangan dalam masa kecederaan sekaligus membantu pasukannya bangkit daripada ketinggalan 2-1, mengakhiri kemarau 44 tahun penantian menjulang gelaran liga.

Tidak dapat disangkal, MCFC merupakan pasukan yang lebih baik di England musim ini, menjaringkan lebih banyak gol serta melepaskan gol yang paling sedikit berbanding dengan mana-mana pasukan. Sebagai rekod, kali terakhir City melakar kejuaraan adalah pada musim 1968.

Mereka memerlukan tiga mata di tempat sendiri menentang QPR bagi membolehkan kapten, Vincent Kompany menjulang trofi Liga Perdana, namun dilihat terpaksa berhempas-pulas menentang lawan yang bermain dengan 10 orang pemain selepas kapten QPR, Joey Barton dibuang padang sebelum Edin Dzeko dan Sergio Aguero muncul wira City, apabila meledak gol pada masa tambahan bagi membantu pasukan mereka meraikan kejayaan di Eastlands.

Pada aksi penuh dramatik malam tadi, City terlebih dahulu di depan selepas Pablo Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke-39 sebelum Djibril Cisse menyamakan kedudukan minit ke-48 .
Bagaimanapun, Jamie Mackie menceriakan penyokong QPR apabila meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada minit ke-66.
Ketika perlawanan dilihat bakal menyebelahi QPR, City seolah-olah mendapat semangat luar biasa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit masa kecederaan.
"Menang seperti ini, ia cukup luar biasa. Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan terakhir sebegini rupa. Selepas 44 tahun, saya dedikasi kemenangan ini kepada semua penyokong setia kami," kata jurulatih City, Roberto Mancini.

Jumaat, 11 Mei 2012


Petua Untuk Tegangkan Kulit Muka

1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.

2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

New Home Kit 2012/13 Liverpool.....


Ini adalah New LFC Warrior Home Kit. Dilancarkan pada 11th May 2012. Brand Warrior dari AS. Brand ni terkenal dalam sukan Hoki Ais di AS. Yg penting lambang asal Liver Bird. Hayatilah dan boleh dapatkan di http://www.facebook.com/#!/LiverFreakTee Original bai...kalau nak kat Rantau Panjang punya boleh jugak hehehe..hayatilah dan sediakan kain lap untuk lap air liur tu...




       






Lawa tak warna unggu?..



Sabtu, 5 Mei 2012

Bila Manusia Jadi Binatang..

Panda ialah haiwan yang indigenus di negara China dan ianya kini salah satu spesis haiwan terancam. Bagi menambahkan bilangan panda liar, kerajaan China membina Rizab Haiwan Liar Wolong, di provinsi Sichuan. Di rizab haiwan ini panda diternak didalam kurungan dan setakat ini program mereka berjaya melahirkan beberapa anak pandas. Untuk memudahkan panda kembali ke habitat liar, penyelidik di Wolong cuba mengurangkan interaksi diantara manusia dan panda.Mereka memakai kostum panda sepanjang masa ketika memeriksa anak panda. Sangat comel!



Petua Ubati Kencing Manis


Koleksi Petua Mengubati
Kencing Manis

Petua 1: Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.

Petua 2: Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.

Petua 3: Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.

Petua 4: Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Petua 5: Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.

Hari penting Stevie



Gerrard mahu julang Piala FA

Steven Gerrard akan mengetuai Liverpool di Wembley dan menegaskan, "Hanya memenangi dua piala boleh menggembirakan musim kami."
 
The Reds mungkin menamatkan kempen penuh pertama Kenny Dalglish bertanggungjawab sebagai pemenang berganda, dengan Piala Carling yang sudah berada di dalam kabinet trofi mereka.
 
Dan bagi segala kekecewaan mereka di Liga Perdana, kapten Gerrard mengetahui dengan menambah Piala FA, akan sukar untuk menafikan  yang ini bakal menjadi tahun yang perlu diingati.
 
Dia berkata, "Kelab ini hanya tentang piala kejuaraan, piala besar, dan Piala FA termasuk di dalamnya."
 
"Kami akan nilai musim ini selepas hujung minggu, dan jika boleh boleh diimbas semula dan berkata kami telah menang dua piala, maka kami akan gembira."
 
"Piala adalah kejayaan, sebab itulah kami bermain."
 
"Sebahagian daripada pengalaman terbesar yang kami ada selama ini adalah daripada memenangi trofi iaitu Piala Eropah, Piala FA, Piala UEFA, Piala Carling.

Jumaat, 4 Mei 2012

KEUTAMAAN HARI JUM’AT.

KEUTAMAAN HARI JUM’AT.

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"



[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;



Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Petua Penjagaan Ketiak

1 . Sewaktu mandi, pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan atau ketiak anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh. Kemudian, pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. Pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian ketiak anda. Ini kerana rerambut yang dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh.

3. Elakkan dari memakai pakaian yang ketat di bahagian ketiak. Ia akan dapat mencegah kulit di bahagian ketiak mendapat ruang udara yang secukupnya. Jika tidak, kulit akan berpeluh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk pada tubuh.

4. Jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian ketiak anda. Memang ia akan berbau harum tetapi itu hanyalah seketika. Kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. Kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan.

5. Pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. Anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu di bahagian ketiak setelah mandi. Ia dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Kenny Dalglish menyelar "sikap buruk" pemainnya

 
Dalglish berang dengan anak buahnya.

Bos Liverpool, Kenny Dalglish menyelar "sikap buruk" para pemainnya selepas tewas 1-0 di tangan Fulham.
 
Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri pada minit kelima permainan, memberikan kelab Merseyside kekalahan ke-13 dalam Liga Perdana dan kemenangan pertama kelab barat London di Anfield.
 
Bos The Reds sukar untuk mencari apa-apa yang positif daripada aksi itu, pasukannya bergelut dalam perlawanan dan sukar bangkit semula.
 
"Saya tak main-main. Saya rasa itu (perlawanan) adalah penilaian yang tepat," Dalglish memberitahu wartawan.
 
"Sikap (pemain) tak betul dan jika anda pergi dengan sikap buruk, anda akan dapat prestasi buruk dan itulah apa yang kami dapat."
 
"Saya juga tanpa niat kerana saya menukar pemain untuk mencuba dan memberikan semua orang peluang menjelang hari Sabtu, jadi saya rasa dengan melakukannya adalah satu faktor yang menyumbang kepada apa yang berlaku."
 
"Ada satu atau dua yang positif tetapi seperti yang saya katakan, ada negatif yang terlalu banyak. Jika anda ke perlawanan dengan sikap buruk, anda tak akan dapat apa-apa dan itu yang kami lalui."
 
"Ia hanya tak betul, tak sepatutnya bermain sebegitu."