KURSUS TW07/12 - LAWATAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL, KLANG, SELANGOR
Kursus Asas Tanah Bagi Kumpulan Sokongan 1- Siri II merupakan salah satu kursus yang wajib dihadiri oleh anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan di Pejabat Tanah di seluruh Semenanjung Malaysia (Gred 17-36).
Kursus ini diadakan selama dua minggu mulai 3 September 2012 hingga 14 September 2012 dan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman asas mengenai aspek pentadbiran dan perundangan tanah terkini berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 dan undang-undang lain yang berkaitan. Para peserta didedahkan dengan ilmu berkaitan perundangan tanah oleh penceramah-penceramah yang berkaliber dan seterusnya dinilai bagi memastikan tahap kefahaman mereka. Selain itu, satu sesi lawatan sambil belajar diadakan bagi mendedahkan para peserta dengan pengalaman sebenar di jabatan-jabatan yang melaksanakan pentadbiran dan perundangan tanah.
Sehubungan itu, satu lawatan sambil belajar ke Pusat Hidrografi Nasional, Klang Selangor telah diadakan pada 13 September 2012 yang lepas. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada proses menyediakan maklumat hidrografi yang tepat pada kadar masa yang wajar untuk kegunaan navigasi marin, pembangunan nasional, pertahanan negara dan kegunaan lain. Lawatan ini disertai oleh para peserta seramai 20 orang dan urus setia seramai 4 orang.
Ketibaan rombongan di Pusat Hidrografi Nasional pada pukul 10.00 pagi telah disambut oleh PS 2 O Lt KDR Musa Bin Paiman serta para pegawai yang lain dari unit OSEANOGRAFI & METEOROLOGI. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Lt KDR Musa Bin Paiman di Bilik Taklimat berkenaan latar belakang serta fungsi Pusat Hidrografi Nasional kepada negara. Setelah itu, sesi soal jawab diadakan selama setengah jam sebelum para peserta dibawa meninjau ke pelbagai Unit di dalam Pusat Hidrografi Nasional seperti Unit Hidrografi, Unit Oseangrafi dan Unit Kartografi.
Sejam kemudian, para peserta dibawa ke Lobi dan dijamu dengan hidangan yang menyelerakan. Setelah itu, sesi lawatan ditamatkan dengan penyampaian ucapan penghargaan serta sesi fotografi dan penyampaian cenderahati oleh Ketua Program Seksyen Perundangan Tanah En Suhaimi bin Mat Yusof.
byk ilmu yg boleh kita dpt dr kursus ini.lawatan ke pusat hidrografi nasional memang bagus.byk perkara yg peserta dapat tahu.terima kasih pihak instun kerana tunjuk ajar dan sudi bawa kami para peserta ke Pulau Indah
BalasPadamSesuai dengan fungsi INSTUN
Padam1.Mengadakan latihan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat;
2.Menjalankan kajian penyelidikan pengurusan latihan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat;
3.Menawarkan khidmat nasihat dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat;
4.Sebagai pusat sumber rujukan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat.