Rabu, 26 September 2012

brake berbunyik?..



Penggunaan brek disc (disc brake) pada basikal mountain bike sama ada mekanikal atau hidraulik ada lumrah ketika ini. Ia memberikan cengkaman yang lebih baik dan jarang memberi masalah seperti dahulu. Walau bagaimanapun ia tidaklah sempurna sepenuhnya. Kesan dari tunggangan di trail dan keadaan cuaca yang berbeza-beza terkadang akan memberikan kesan seperti bunyi menjerit (squeal) atau pun geseran.


 
Jadi, apa yang perlu dilakukan jika disc brake anda mula berbunyi? Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk men’senyap’kan disc brake anda semula…

1. Masalah penyerapan pad

Satu punca yang menyebabkan bunyi bising yang konsisten bila menggunakan brek adalah disebabkan oleh pad brek itu sendiri. Brek pad ini boleh menyerap kotoran minyak seperti span. Jika terjadi, biasanya ianya tidak akan dapat dipulihkan. Tetapi anda boleh mencegahnya. Pertama, sila buka dan simpan pad brek semasa melakukan sebarang proses maintenance pada basikal yang membabitkan cecair brek. Kedua, berhati-hati ketika memegang rotor. Sebarang kesan minyak yang tertinggal boleh memberi kesan kepada pad brek. Ketiga, oleh kerana rotor belakang adalah berhampiran dengan drivetrain (cassette, rd & rantai), amat mudah untuk tersembur sebarang minyak ketika melakukan maintenance pada drivetrain.



Anda boleh menjaga rotor dengan selalu mencucinya (lap) dengan Isopropyl alkohol (boleh beli di kedai basikal). Ia juga dipanggil sebagai Isopropanol atau Rubbing Alcohol.

Isopropanol, common rubbing alcohol, is also quite toxic. Small amounts, as little as several ounces, can cause permanent damage to the visual system, and eight ounces is usually lethal. Some alcoholics may consume methanol or isopropyl alcohol, intentionally or unknowingly, with potentially lethal consequences.


2. Rotor bengkok

Kesan bengkok pada rotor boleh menyebabkan bunyi geseran apabila ia sampai kepada pusingan tertentu pada bahagian rotor. Walaupun dalam kebanyakan kes, rotor boleh bengkok disebabkan terkena halangan ketika di trail, kedudukan sempit diantara 2 pad brek hanya memberikan ruang yang cukup minimum kepada rotor. Ini punca yang menyebabkan basikal baru juga akan mengalami geseran rotor pada pad brek. Satu cara untuk membetulkannya adalah dengan menggunakan Rotor-Truing Fork.

Rotor-Truing Fork


3. Piston melekit

Caliper piston seals yang melekit boleh menyekat pergerakan piston (yang menolak pad ke rotor) dari berfungsi sepenuhnya. Ini mungkin akan menyebabkan pad yang terlalu hampir atau rapat dengan rotor. Ia bukan sahaja akan menyebabkan bunyi malah kadang-kadang boleh mengunci pergerakan roda anda. Piston seal ini bukan mudah untuk ditukar. Dapatkan khidmat mekanik basikal anda untuk tujuan ini.


4. Isu alignment

Alignment pemasangan antara disc mount untuk caliper dengan rotor juga harus selari. Pemasangan yang senget akan menyebabkan geseran antara rotor dan pad. Sila periksa dan betulkan alignment brek anda jika perlu.
5. Pad haus

Menunggang dengan pad brek yang haus boleh membahayakan dan merosakkan caliper dan rotor. Pad brek harus selalu diperiksa bagi memastikan kadar kehausannya. Ukur tebal pad termasuk platnya. Ukuran yang kurang dari 3mm bermakna sudah sampai masanya untuk pad baru.



6. Break-In period

Biasanya brek yang baru memerlukan sedikit tempoh untuk berfungsi seperti sepatutnya. Kita mungkin akan merasakan kurang cengkaman dan juga bunyi bising pada brek yang baru kita gunakan. Satu cara untuk break-in dengan sempuran ialah menunggang sambil menarik sedikit brek untuk tempoh tertentu. Ulang beberapa kali. Ini untuk memanaskan brek dan memastikan padnya sempurna rata dengan rotor.
7. Kesan cuaca

Menunggang dalam keadaan sejuk seperti musim hujan atau melalui kawasan berair boleh mengakibatkan bunyi pada brek. Namun dalam banyak keadaan, ianya hanyalah sementara. Sebaik brek pad panas semula, bunyi itu akan hilang.
8. Kualiti brek

Tidak dinafikan, kualiti brek terutamanya pad memainkan peranan. Banyak kes berlaku kepada basikal entry-level yang menggunakan brek disc yang basic akan menghadapi masalah bunyi ini. Tiada penyelesaian bagi kes ini melainkan mencari pad berkualiti yang compatible dengan sistem brek atau menukar sistem brek keseluruhannya.

rujukan http://www.rajabukit.com/

1 ulasan:

Komen la sikit!!