Selasa, 7 Ogos 2012

RINGKASAN KANDUNGAN ENAKMEN MAHKAMAH ANAK NEGERI SARAWAK 1992


RINGKASAN KANDUNGAN ENAKMEN MAHKAMAH ANAK NEGERI SARAWAK 1992
KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH ANAK NEGERI (UNDANG-UNDANG ADAT ANAK NEGERI) (1995)

Enakmen ini adalah khas terpakai hanya di Negeri Sarawak sahaja. Enakmen ini telahpun diwartakan dan dipinda pada tahun 1992. Enakmen ini ada dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu di dalam Perkara 161 A mengenai kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di dalam fasal 5.Enakmen ini mengandungi sebanyak 9 bahagian kecil.



Bahagian 1 merupakan permulaan bagi enakmen ini. Bahagian ini mengandungi keterangan mengenai pemakaian tajuk dan bila ia mula berkuatkuasa. Ia juga mengandungi penerangan berkenaan dengan tafsiran bagi istlah ‘native’ yang mana ada sebanyak 4 tafsiran iaitu sama ada

(a) sesiapa yang kedua ibu bapanya adalah orang asli Sabah,

(b) sesiapa yang sememangnya menetap di Sabah dan menjadi serta tinggal sebagai seorang ahli masyarakat asli, seseorang yang sekurang-kurangnya ibu bapanya atau keturunannya adalah asli seperti mana maksud di (a),

( c) sesiapa yang sememangnya pada asalnya menetap di Sabah, yang merupakan anggota orang Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu atau Ubian atau seorang asli bagi Negeri Sarawak atau Brunei yang telahpun menetap dan menjadi anggota sesebuah masyarakat asli berturutan selama 3 tahun daripada tarikh ia mengakuinya sebagai orang asli, berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut dan yang telahpun menetap di Sabah yang tidak dibatasi di bawah mana-mana peruntukan Akta Imegresen 1959/63 dan

Pakaian tradisional orang suluk

Perkampungan Kagayan di Pulau Tigabu, Sabah
(d) mana-mana orang yang sememangnya menetap di Sabah, yang merupakan seorang anggota bagi orang asli Republk Indonesia atau kumpulan Orang Sulu dari Kepulauan Filipina atau Negeri-Negeri Melayu atau Republik Singapura, yang telahpun menetap dan menjadi anggota sesebuah masyarakat asli berturutan selama 5 tahun daripada tarikh ia mengakuinya sebagai orang asli, berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut dan yang telahpun menetap di Sabah yang tidak dibatasi di bawah mana-mana peruntukan Akta Imegresen 1959/63.

Bahagian ke dua pula adalah berkenaan dengan serangan, hentaman dan kelakuan mengancam yang memperkatakan tentang menyebabkan kecederaan, ancaman,bangkitan marah dan menanamkan ketakutan.

Bahagian ketiga pula berkenaan dengan kesalahan seksual meliputi perbuatan sumbang kadim, persetubuhan di antara sanak saudara, persetubuhan haram di antara orang-orang yang belum kahwin dan juga persetubuhan haram di ladang atau sawah.

Bahagian ke empat adalah mengenai perkahwinan, pertunangan dan pikatan. Bahagian ini memperkatakan tentang perkahwinn di antara sanak saudara, penamatan pertunangan, paksaan untuk berkahwin, persetubuhan haram oleh seorang yang bertunang, persetubuhan haram dengan tunang orang lain, memikat tunang orang lain, memikat isteri orang lain, mengahwini isteri atau suami oarng lain, perkahwinn bigami atau poligami, memikat anak dara orang lain, berkahwin sebelum tamat tempoh berkabung dan berkahwin sebelum abang atau kakak.
Bahagian ke lima adalah di bawah tajuk tanah perkuburan dan kematian meliputi menggali kubur, membakar kubur tanpa sebab-sebab munasabah, membakar kubur dengan tidak sengaja, kerosakan kepada kubur, gangguan kepada kubur, pengebumian di tanah perkuburan yang dirizab untuk kampong lain, pengebumian mayat tanpa izin, kematian di rumah orang lain dan kematian di ladang atau sawah.

Bahagian yang keenam adalah mengenai perangai buruk melampau, kelucahan dan khianat. Bahagian ini memperkatakan tentang serangan lucah, pendedahan lucah, perkataan, bunyi atau isyarat lucah, perkataan atau isyarat memfitnah, menyebar khabar angin, perpecahan di upacara, perpecahan di upacara pengebumian atau sembahyang mayat, pemcemaran sumber air, pencerobohan, memasuki bilik tidur, kerosakan kepada harta alih, kecederaan kepada unggas atau ternakan, melempar benda ke rumah, menyumpah dan mengutuk, pagar, tanggungan terhadap kerosakan oleh binatang, menyebabkan pencerobohan kerana mengganggu binatang, menebang pokok, gangguan kepada empangan atau tambak dan gangguan kepada penanda harta.
Bahagian tujuh adalah berkenaan dengan mungkir janji.

Bahagian lapan adalah tentang kelahiran dan pantang adat yang mana ia meliputi kelahiran, perbuatan di larang dalam tempoh mobpuod, larangan adat dan juga masuk rumah selepas pengebumian.

Bahagian terakhir iaitu yang ke Sembilan merupakan bahagian peruntukan am iaitu berkenaan dengan kuasa-kuasa sedia ada mahkamah.

Sumber: Artikel 2011 dari Puan Norehan bin Omar, Mantan Ketua Program Seksyen Pembangunan Tanah, INSTUN

 

1 ulasan:

  1. Terdapat kesilapan dalam artikel ini. Tajuk artikel adalah berhubung dengan Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sarawak 1992. Akan tetapi kandungan artikel adalah mengenai Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah...

    BalasPadam

Komen la sikit!!