Rabu, 8 Ogos 2012

Man City perlu membayar £20 juta untuk Daniel Agger

Man City akan perlu membayar £20 juta untuk mendapatkan Daniel Agger.


Juara Liga Perdana itu berminat untuk menambah bek Denmark tersebut ke dalam pasukan penuh bintang mereka, dan telahpun membuat pertanyaan.


Namun penilaian mereka jauh daripada yang diminta Liverpool dan tiada peluang perjanjian dimeterai melainkan tawaran jauh lebih baik dibuat.
Bos Kop, Brendan Rodgers lebih gemar untuk menyimpan Agger, 27, yang mempunyai baki kontrak dua tahun.
Namun dia sedar yang menolak tawaran besar untuk seorang pemain yang kerap cedera sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh menjadi satu pertaruhan.
Agger, yang juga berada dalam radar Barcelona, berkata dia gembita untuk kekal di Anfield.
Namun agennya, Per Steffensen mengakui yang tiada perbincangan dibuat tentang sebarang perjanjian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!