Khamis, 7 Jun 2012

"Tumpang lalu skit'' Zuhal nak melintas dengan sopan....




Semalam 6.6.2012 esey berkesempatan dan diberi peluang untuk melihat sendiri kejadian yang jarang berlaku dan tak pelu lepaskan peluang terakhir sebelum ianya mucul kembali pada tahun 2117 dan 2125. Untuk makluman, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882 (perhatikan jarak 8 tahun antaranya), kemudian ia berlaku 2004 dan 2012.

Zuhal (dot) berlatarbelakang matahari (hijau) sedang melintas sopan..Dari Samsung Galaxy TAB dgn bantuan alat dari Bahagian Ukur INSTUN


Antara kakitangan INSTUN


Kakitangan Bagaian Pentadbiran dan Perundangan Tanah

Bersama dengan sebahagian peserta kursus Asas bagi Penolong Pegawai Tanah Siri 2 TW04/12

Kenapa Transit ini boleh berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari.
Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Adalah sangat jarang Zuhrah akan berada TEPAT di antara Matahari dan Bumi. Oleh itu, apabila ini berlaku, maka ia dinamakan Transit planet Zuhrah.
National Centre for Radio Astrophysics, India akan menyediakan sebuah ebook yang menarik berkenaa Transit ini.https://docs.google.com/file/d/0B0ZPQr25M5_sQ2IwMHB2RnMzM0k/edit?pli=1

Adakah ia berlaku tiap-tiap tahun?
Tidak. Malah phenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun. Lebih menarik ialah, apabila ia berlaku, ia akan datang dalam 2 pasangan fenomena yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain.
Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882 (perhatikan jarak 8 tahun antaranya), kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125!
Bagaimana rupanya transit ini?
Planet Zuhrah ini sebenarnya hampir sama saiz dengan Bumi. Namun, disebabkan ia berada amat jauh dari Bumi, ia hanya akan kelihatan seperti sebuah bulatan hitam yang bergerak melintasi hadapan matahari.
Secara umumnya, lintasan ini akan mengambil masa hampir 6 jam!
Seperkara yang menarik ialah, disebabkan Zuhrah kelihatan bulat, maka ia akan mengambil masa sikit untuk keseluruhan ‘bulatan hitam’ planet ini ‘memasuki’ kawasan hadapan matahari.
AWAS: JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!