Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pot). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies.
esey sendiri cubo praktikkan apo yang tolah di copy dari satu laman blog (bergambar)
soholai Daun mambu yang tolah siap dibasuh
bersiap untuk ditabur dlm kain pelikat
dah solosai
hasil ee
Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan.Terdapat juga produk dipasaran untuk merawat scabies yang menggunakan produk ini dalam bentuk sabun dan krim sapuan.
Daun ini juga mampu merawat sakit belakang. Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang.Kaum india percaya semasa menggunakan ubat dari mambu mereka tidak dibenarkan memakan daging.Akar pokok mambu begitu pahit dan ia mengandungi
alkaloid,nimbin,nimbinin dan nimbidin. Walaupun amat pahit akar mambu yang direbus dan diminum airnya dipercayaai dapat melegakan demam dan gastrik.
Selain dari kegunaan perubatan , minyak yang diekstrak dari pokok mambu boleh digunakan sebagai racun makhluk perosak yang selamat dan mesra alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!