Rabu, 26 September 2012

brake berbunyik?..



Penggunaan brek disc (disc brake) pada basikal mountain bike sama ada mekanikal atau hidraulik ada lumrah ketika ini. Ia memberikan cengkaman yang lebih baik dan jarang memberi masalah seperti dahulu. Walau bagaimanapun ia tidaklah sempurna sepenuhnya. Kesan dari tunggangan di trail dan keadaan cuaca yang berbeza-beza terkadang akan memberikan kesan seperti bunyi menjerit (squeal) atau pun geseran.


 
Jadi, apa yang perlu dilakukan jika disc brake anda mula berbunyi? Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk men’senyap’kan disc brake anda semula…

Selasa, 25 September 2012

Lawatan Pusat Hidrografi Nasional, Klang Selangor

KURSUS TW07/12 - LAWATAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL, KLANG, SELANGOR


Kursus Asas Tanah Bagi Kumpulan Sokongan 1- Siri II merupakan salah satu kursus yang wajib dihadiri oleh anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan di Pejabat Tanah di seluruh Semenanjung Malaysia (Gred 17-36).

Kursus ini  diadakan selama dua minggu mulai 3 September 2012 hingga 14 September 2012 dan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman asas mengenai aspek pentadbiran dan perundangan tanah terkini berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 dan undang-undang lain yang berkaitan. Para peserta didedahkan dengan ilmu berkaitan perundangan tanah oleh penceramah-penceramah yang berkaliber dan seterusnya dinilai bagi memastikan tahap kefahaman mereka. Selain itu, satu sesi lawatan sambil belajar  diadakan bagi mendedahkan para peserta dengan pengalaman sebenar di jabatan-jabatan yang melaksanakan pentadbiran dan perundangan tanah.

Sehubungan itu, satu lawatan sambil belajar ke Pusat Hidrografi Nasional, Klang Selangor telah diadakan pada 13 September 2012 yang lepas. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada proses menyediakan maklumat hidrografi yang tepat pada kadar masa yang wajar untuk kegunaan navigasi marin, pembangunan nasional, pertahanan negara dan kegunaan lain. Lawatan ini disertai oleh para peserta seramai 20 orang dan urus setia seramai 4 orang.