Isnin, 30 Disember 2013

Duta Piala Antarabangsa Frens 2014

Kuala Lumpur: Bekas pemain tengah England yang juga legenda pasukan Liverpool, Steve McMahon dilantik sebagai duta kejohanan Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2014. 


McMahon yang beraksi 17 kali untuk England akan terbabit dalam aktiviti promosi kejohanan itu yang akan menampilkan skuad remaja pasukan ternama seperti Sporting Lisbon, Eintracht Frankfurt, SC Internacional dan Chonburi FC. 

Perlawanan persahabatan 

Sebelum kejohanan bermula, pasukan bawah 17 tahun Liverpool akan mengunjungi Malaysia dan Indonesia untuk perlawanan persahabatan dengan Frenz United Malaysia pada 4 Januari 2014 di Stadium Selayang, dan Frenz United Indonesia (8 Januari 2014, Stadium Sultan Agung). 

Ketika di Malaysia pemain Liverpool akan melawat akademi Frenz United di Janda Baik serta mengadakan sesi temu-mesra bersama peminat dan menyertai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama WCT Kidss di pusat membeli belah rasmi kejohanan, Paradigm Mall. 

FIC adalah kejohanan bola sepak bawah 16 tahun membabitkan 12 pasukan dari Asia, Eropah dan Amerika Selatan. FIC 2014 akan bermula 11 Januari dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Januari. Masuk adalah percuma untuk semua perlawanan. 
sumber b.harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!