Selasa, 19 Februari 2013

Lawatan ke Brunei Darussalam

Pada 5 hingga 9 November 2012 yang lalu, Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah telah mengadakan Program ILA Tahun 2012: Kolokium Pengurusan Tanah Serantau di Brunei Darussalam bertempat di Jabatan Tanah Negara Brunei Darussalam yang mendapat tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Program ILA ini telah disertai oleh 10 pegawai dari Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) antaranya:
  1. YBhg Dato' Haji Mohd Shafie bin Arifin; Pengarah INSTUN
  2. En Mohd Sabli bin Bakri ;Ketua Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah
  3. Pn Norehan binti Omar; Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
  4. En Huzunul Khaidil bin Mohammed; Ketua Program Seksyen Pembangunan Tanah
  5. En Mohamad Zikri bin Mat Isa; Ketua Program Seksyen Kadaster
  6. En Rosli bin Ibrahim; Pen Penyelaras Seksyen Pembangunan Tanah
  7. En Mohd Zainal bin Darus; Pen Penyelaras Seksyen Pembangunan Tanah
  8. Tuan Syed Alwi bin Syed Abd Hamid; Pen Penyelaras Seksyen Pengurusan Tanah
  9. En Hasnan Azizul bin Mad Isa; Pen Penyelaras Seksyen Pengurusan Tanah
  10. En Mohd Zoolhalmy bin Razali; Pen Penyelaras Seksyen Perundangan Tanah.
KLIA
Sebelum berangkat ke Brunei Darussalam


Tujuan program ini diadakan adalah untuk :
  1. Membuat kajian perbandingan mengenai pengurusan tanah di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
  2. Bertukar informasi serta idea penambahbaikan dalam meningkatkan sistem pentadbiran tanah di antara Malaysia dan Brunei.
  3. Mengeratkan hubungan diplomasi di antara Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Jabatan Tanah Brunei.
Faedah kepada Negara:
Mengetahui proses pentadbiran dan perundangan tanah di Brunei dan memantapkan system pentadbiran tanah melalui sesi perkongsian ilmu dan program yang dianjurkan oleh INSTUN

....Baca lebih lanjut di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!