Isnin, 22 Oktober 2012

Pagi Kain Tengahari Kain Petang Kain Malam Kain

Semalam 21/10/2012 ada shoot orang nikah kat PPR Hiliran Putra. Berada di aras lapan ternampak gantungan botol berisi air di koridor di  aras tujuh. Ingatkan hasil seni atau salah satu permainan di kawasan berkenaan atau ada fungsi botol berkenaan berpaut gigih di koridor berkenaan. Snap je gambar buat kenangan.


Sambil menungu pengantin yg masih melayan tetamu di khemah makan dibawah, berjalan-jalanlah esey di aras berkenaan melihat pemandangan dari aras lapan. Terpandanglah penyidaian kain dengan menggunakan
botol air bertali rapia di lain aras. Oh sesungguhnya penghuni PPR Hiliran Putra ini menyahut Kempen kerajaan KITAR SEMULA dengan menggunakan botol terpakai untuk mengelak hasil basuhan tidak lenyap diterbangkan angin dan istilah kata orang: 'Orang Ompuan yang duk Rumah Tak Sudah dikait dengan kain' Pagi basuh kain, tengahari sidai kain,   petang angkat kain, malam lipat kain dan tengah malam singkap kain terpakai berterusan di kawasan ini.heheheh..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit!!