Baru hari ni berkesempatan nak buat catatan skit...
Februari 22, 2009
- Ada promosi cerita Upin & Ipin di alamanda Putrajaya.
- Maklongnya ajak g tenguk. memang ari tuh tak da apa nak buat jadi bersetujulah aku dan bini aku bawa Aqil tenguk cerita nih
- Memang ramai orang (terutama mak dan ayah budak) nak bergambar ngan watak ipin & Upin. Malangnya tak berkesempatan sebab:
- diaorang dah nak balik
- Masa dah tak ada bagi diaorang
- memang bukan rezeki untuk bergambar
- persoalan aku cuma :
Cerita kartun ni buatan malaysia ni sama ja. adakah kualitinya dengan kartun² yang lain mcm keluang man, Puteh (pakai suara erra), Usop Sontorian(Bro Ujang) dan satu cerita yang dibuat oleh adik beradik KRU (cerita hang tuah zaman melenium, aku lupalah tajuk dia!!!)
- Boleh ke cerita nih membuat aku terlenazzzzzzzzzzzzz....
- macammana la gelagat si Aqil ni buleh nenguk dengan keadaan 'sopan', duduk diam dan terlena masa cerita ni dimainkan?...
- aku pernah terbaca diorang punya target jualan tiket sebanyak RM 10 Juta. WOW!!!! boleh ke?...
- berbekalkan POpCORN dan AIR MILO KURANG AIS dibeli maka masukla 3 beranak ni+maklongnya mencari no kerusi dan aku masih lagi terbayang persoalan² seperti diatas
- Apabila bermulanya cerita ni aku berasa yakin bahawa aku akan terlena sehingga cerita habis(atau mungkin bawa aqil keluar sebab dia nih tak buleh duduk diam) jangkaan aku meleset sama sekali. sebaliknya
- dari segi persembahan memang teruja aku nak tenguk sampai habis (tak jadi tido...)
- ada ciri cerita yang aku impikan selama nih. cerita kartun berkualiti macam cerita dari luar negara dan ada ciri² budaya orang-orang malaysia.
- Aqil duduk dengan sopan dan terpegun nenguk cerita nih. (pertama kali dia tenguk wayang)
- dan cerita nih mungkin akan berjaya sampai target RM 10 Juta (sebab aku dah 2 kali tenguk cerita ni dan jika cerita nih masih ditayangkan masa cuti sekolah mak ayah diorang akan ambil kesempatan nak tenguk cerita ni sambil bawa anak dia)
- Apapun kira berbaloi harga tiket yang aku bayar untuk tenguk cerita nih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit!!