Selasa, 28 Ogos 2012

Penggunaan Brek Hadapan Dengan Betul


Ketahui Perbezaan Jarak Hentian
Sebagai permulaan, anda pilih laluan rata bertanah merah seperti di kawasan bertanah merah (ladang kelapa sawit) atau berpasir (lombong) berhampiran. Tandakan kawasan di mana anda mahu mula membrek.
  1. Mulakan kayuhan pada kelajuan sederhana sekitar 10km/j dan ke bawah.
  2. Pastikan kedudukan anda dan basikal dalam keadaan yang tegak.
  3. Bila sampai di kawasan membrek, gunakan brek belakang anda untuk memberhentikan basikal tanpa menggelongsor ke kiri atau kekanan.
  4. Ulangi semula langkah tersebut di atas, kali ini gunakan brek hadapan pula. Pastikan ketika membrek, anda menggunakan tekanan brek yang sama seperti sebelumnya.
  5. Elakkan dari membrek terlalu kuat sehingga mengunci roda secara terlalu mengejut.

Rabu, 22 Ogos 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

Man City perlu membayar £20 juta untuk Daniel Agger

Man City akan perlu membayar £20 juta untuk mendapatkan Daniel Agger.


Juara Liga Perdana itu berminat untuk menambah bek Denmark tersebut ke dalam pasukan penuh bintang mereka, dan telahpun membuat pertanyaan.

Selasa, 7 Ogos 2012

Penggunaan Gear Pada MTB

Mungkin anda sering mendengar soalan berikut, “Gear mana yang saya perlu gunakan, adakah gear kecil atau besar?”. Jawapannya adalah bergantung kepada diri anda dan keadaan. Semua orang mempunyai kekuatan kaki yang berbeza, tahap kecergasan berbeza dan kemahiran yang juga berbeza. Sebahagian kita sering menggunakan gear ringan dan sebahgaian lain sebaliknya.



Sebagai contoh, lihat pada 2 ikon rider di Tour de France iaitu Jan Ulrich dan Lance Armstrong. Ulrich sering menggunakan gear yang lebih berat manakala Armstrong sebaliknya. Namun kedua-duanya cukup laju ketika mendaki atau ketika melakukan ‘time trial’.


Setiap orang mempunyai zon kayuhan selesanya sendiri. Kayuhan menggunakan cadence (pusingan/minit) yang tinggi akan meletakkan banyak bebanan ke atas kemampuan aerobic (pernafasan) anda. Pada kelajuan yang sama, rider yang fit akan mampu bertahan lebih lama pada kadar 90 rpm menggunakan gear lebih ringan berbanding 60 rpm pada gear lebih berat.
Bereksperimen dengan diri anda untuk mendapat gabungan gear dan cadence yang sesuai untuk anda.

RINGKASAN KANDUNGAN ENAKMEN MAHKAMAH ANAK NEGERI SARAWAK 1992


RINGKASAN KANDUNGAN ENAKMEN MAHKAMAH ANAK NEGERI SARAWAK 1992
KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH ANAK NEGERI (UNDANG-UNDANG ADAT ANAK NEGERI) (1995)

Enakmen ini adalah khas terpakai hanya di Negeri Sarawak sahaja. Enakmen ini telahpun diwartakan dan dipinda pada tahun 1992. Enakmen ini ada dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu di dalam Perkara 161 A mengenai kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di dalam fasal 5.Enakmen ini mengandungi sebanyak 9 bahagian kecil.



Bahagian 1 merupakan permulaan bagi enakmen ini. Bahagian ini mengandungi keterangan mengenai pemakaian tajuk dan bila ia mula berkuatkuasa. Ia juga mengandungi penerangan berkenaan dengan tafsiran bagi istlah ‘native’ yang mana ada sebanyak 4 tafsiran iaitu sama ada

(a) sesiapa yang kedua ibu bapanya adalah orang asli Sabah,

(b) sesiapa yang sememangnya menetap di Sabah dan menjadi serta tinggal sebagai seorang ahli masyarakat asli, seseorang yang sekurang-kurangnya ibu bapanya atau keturunannya adalah asli seperti mana maksud di (a),

( c) sesiapa yang sememangnya pada asalnya menetap di Sabah, yang merupakan anggota orang Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu atau Ubian atau seorang asli bagi Negeri Sarawak atau Brunei yang telahpun menetap dan menjadi anggota sesebuah masyarakat asli berturutan selama 3 tahun daripada tarikh ia mengakuinya sebagai orang asli, berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut dan yang telahpun menetap di Sabah yang tidak dibatasi di bawah mana-mana peruntukan Akta Imegresen 1959/63 dan

Pakaian tradisional orang suluk

Perkampungan Kagayan di Pulau Tigabu, Sabah

Graphê (Pelukisan Dengan Cahaya)

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.


Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu   (sumber: wikepedia)
+